Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Thursday, 29 March 2012

Homemade Pizza olehku...

Pizza Ayam & Sayur2an versi 1

Pizza Udang & Ayam




Pizza Ayam & Sayur2an Versi 2

Pizza Ayam & Lada Benggala

Bahan-bahannya:
350gm tepung gandum
1/2 suduteh garam
2 1/2 suduteh/ 1 bungkus Mauripan
200ml air suam

Cara-caranya:

- Bancuh mauripan dengan air & biarkan seketika dalam 15 minit

- Gaulkan tepung bersama garam

- Setelah 15 minit tuangkan bancuhan mauripan ke dalam tepung dan uli perlahan ( jangan diuli sangat takut adunan  menjadi liat)

- Tutup mangkuk dan perap selama 2 jam

- Setelah 2 jam dan adunan naik 2x ganda, tumbuk2 sedikit adunan  yang diperap tadi untuk membuang anginnya...

- bahagikan adunan kepada dua bahagian dan masukkan serta ditekan2 ke dalam acuan/loyang yang disapu minyak

- cucuk doh pizza dengan garpu tapi jgn tembus & rehatkan selama 20 minit lagi/sehingga naik lagi

- setelah 20 minit, sapu adunan tersebut dengan sos tomato/spaghetti/prego

- tabur diatasnya mengikut citarasa (ayam, daging,udang, sosej, sayur2an dan sebagainya)

- kemudian ditabur dengan keju cheddar & mozarella

- akhir sekali tabur sedikit oregano & serbuk lada hitam(jika suka)

- Bakar Pizza selama 25 minit/ sehingga masak (kontrol api sbb takut roti pizza menjadi keras & garing)

- hidangkan bersama sos tomato/sos cili & mayonais










Pizza Ayam & lada benggala dimakan bersama sos & Mayonis


Tuesday, 27 March 2012

Kek Buah

KEK BUAH KUKUS
 

BAHAN BAHAN
 

150 gm air
100 gm butter
120 gm gula perang
500 gm mix fruits ( buah kering campur )
3 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sudu kecil double action b. powder*(letak bp aje 2 s/k)
1/2 sudu kecil soda bikabonate*
1/2 sudu kecil kulit kayu manis ( tak letak )
80 gm walnut ( tak letak )
80 gm badam cincang ( tak letak )-letak almond slice

CARE CARE


1. Ayak tepung bertande *
2. Panaskan periuk kukusan hingge gelegak
3. Masak air, butter dan gula perang hingge kesemua bahan hancur dan sebati
4.Masukkan mix fruits dan biarkan sejuk seketike.
5. Kocokkan telur dan masukkan kedalam aduanan tadi.
6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rate
7.Masukkan walnut dan badam cincang
8. Masukkan kedalam loyang yang telah dilenser gris dan lapik loyang dengan kertas @ aluminium foil
9.Kukus selame 90 minit dengan api yang BESAR.

Note~jika kek dah sejuk simpan di bekas yg bertutup rapat supaya kek tidak menjadi terlalu kering.

kek ni boleh tahan lebih dari seminggu
tak perlu simpan dlm peti air kerana walaupun dlm suhu bilik kek ni tetap cantik utk di potong
berat kek ni selepas di masak anggaran 1 kg utk satu resepi.
Baileys Japanese Cotton Cheesecake
(adapted from Alex Goh's Fantastic Cheesecake, from here)

Ingredients

(A)
1/2 block (125g) cream cheese
90ml milk
1 cm thick (15g) butter

(B) * sifted

1/4 cup (30g) plain flour
3 tbsp (24g) cornstarch

(C)

3 egg yolks
pinch of salt
1 tbsp baileys irish cream

(D)

3 egg whites
1/8 tsp cream of tartar
1/4 cup (60g) sugar

Method

  1. In a heavy saucepan, cook cream cheese, milk and butter until thick and smooth. Set aside to cool.
  2. Fold in (B) and mix well with a whisk.
  3. Put egg yolks into the cheese mixture and stir until well combined. Add Baileys Irish Cream and mix well.
  4. In another clean bowl, beat egg whites until frothy. Put in cream of tartar and beat until soft peaks, add in sugar gradually and beat until stiff (soft droopy peak that will hold its form).
  5. Fold in 1/3 of egg whites into cheese mixture with a spatula till incorporated.
  6. Pour the cheese mixture into the remaining egg whites and fold in gently till incorporated.
  7. Pour batter into a lined 8" pan (I was lazy so I just greased and flour the base on the pan only).
  8. Oil a piece of aluminium foil and cover the pan loosely.
  9. Fill a bowl with hot water and put in into the oven with the prepared cake pan, bake in preheated oven @ 160C for 20 mins.
  10. Turn down the temperature to 150C and bake for 20mins.
  11. Remove the foil and reduce the temperature to 140C and bake for another 20 mins and until skewer inserted to centre of cake comes out clean.
  12. Leave to cool in oven wih door slightly ajar.
  13. Unmould and chill in fridge before slicing.

Nasi Kari Ayam

NASI KARI AYAM
resipi : Ibundo

sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:

3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
garam

Cara:

Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar(  letak daun kari sbb daun ketumbar  dimasukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.


Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.


Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.


* Utk lebihan kuah kari tu,  panaskan balik dan masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap   dan bolehlah dipadamkan api.

** Nasi Kari Ayam sedap gadingkan bersama Simple Salad With Cajun dan Air Asam.


Pajeri Epal Hijau, Ayam Golek bulu balik & Nasi Tomato


Pajeri Epal Hijau

Bahan-bahannya:

8 biji epal hijau (jgn buang kulit, potong 6@epal)
Bahan penumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
2 biji Bawang besar  *
5 ulas bawang putih *
Halia sebesar ibujari *
* Dikisar bersama, tapi kalau nak simpan lebihannya kisar asing2
1 senduk kerisek
1 biji kelapa( santan)
3-4 sudubesar rempah kari
minyak untuk menumis
Sedikit garam
Gula pasir/gula merah/kabung(ikut manis yang dikehendaki)

Cara-caranya:

Panaskan minyak

Tumis bahan penumis (4 sekawan) sehingga naik bau

masukkan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau

masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak

campurkan santan & biarkan menggelegak seketika

masukkan epal hijau dan gaul rata

Letakkan kerisek, garam & gula

Gaul sebati dan masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat

* Jangan masukkan epal terlalu awal untuk mengelakkan epal layu sangat




Ayam Golek Bulu Balik

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (Jgn dipotong)

Sos Tiram*
2 inci Halia*
2 biji Bawang Besar*
4 ulas Bawang putih*
3 batang Serai*
1 sudubesar Lada hitam*
3 sudubesar Rempah serbuk kari*
Gula pasir/gula merah/kabung (ikut citarasa)
Garam*

1 senduk santan

# Beberapa labu bawang putih untuk membuat BULU BALIK.
# Pilih ulas yang besar dan hiris-hiris lebar
# Goreng sehingga garing dan wangi
# Susun di atas ayam golek yang telah disapu sos , seperti bulu ayam

Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan-bahan* dan dikisar halus

- Perapkan ayam selama 1/2 jam bersama bahan-bahan yang dikisar tadi

- Setelah 1/2 jam, keluarkan ayam dari bahan perapan dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas timah/aluminium foil.

- Bakar ayam selama 45 minit atau sehingga masak

- Masak air perapan ayam tadi di atas api yang sederhana dan campurkan 1 senduk santan untuk dijadikan sos. Kacau sehingga sebati dan  pekat

- Setelah ayam betul2 masak, angkat dan hias 

- Sapukan sos diseluruh badan ayam tadi, dan disusun bawang putih yang telah digoreng tadi untuk menjadi bulunya...

- Setelah selesai, sedia untuk dihidangkan (BOLEH DIJADIKAN LAUK PENGANTIN)




Nasi Tomato

Bahan-bahannya:

Minyak sapi
Majerin
Minyak
(Secukupnya untuk menumis)
Bahan penumis (4 sekawan)
1/2 senduk halia kisar
1/2 senduk bawang putih kisar
1 senduk bawang besar kisar
1 biji tomato - potong dadu
1 kg beras Basmathi/boleh ditukarkan dengan beras Siam 
2 helai daun pandan (disimpul)
Air secukupnya
1 tin kecil tomato puree
Garam secukupnya
1/2 tin susu cair ( masukkan bila air nasi hampir kering)


Cara-caranya:

- Basuh beras dan toskan

- cairkan majerin & minyak sapi bersama minyak

- tumis bahan penumis 

- masukkan bahan2 yang dikisar dan tumis lagi hingga naik bau

- campurkan tomato dan kacau rata dan sedikit layu

- masukkan beras yang dibasuh tadi bersama daun pandan dan digaul rata

- Tuangkan air ke dalam beras dan digaul rata lagi

- masukkan tomato puree dan garam

- masak nasi di atas dapur #(Petua untuk mendapatkan nasi yang tidak berkerak, nasi kena sentiasa dikacau semasa memasaknya)

- Apabila nasi hampir kering, baru dituangkan susu cair ke dalamnya

- Kemudian periuk diangkat dan dimasak pula menggunakan rice cooker sehingga masak

- Jangan lupa dikacau rata nasi supaya masaknya rata

Hidangkan NASI TOMATO bersama PAJERI EPAL HIJAU & AYAM GOLEK BULU BALIK

Selamat Mencuba



Capati & Kari sardin buat santapan malam


Monday, 26 March 2012

Angah dah Konvo...TAHNIAH Angah!!









Sambal Sotong Kering


  Sambal sotong kering ala2 Mamanur Ashikin

Bahan-bahan:

Sotong kering 3 ekor (yang jual dah sedia kembang)-potong 4 segi kecil
bawang besar 3 bj (dihiris)
bawang putih 4 ulas (dihiris)
bawang merah 7 bj (ditumbuk)
cili kering (kisar)/cili boh
belacan 2 ibujari(bancuh sikit dgn air)
asam jawa sebesar ibujari
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa
gula kabung/anau 2 keping
gula pasir1 sudubesar

Cara2nya:

- Tumis bawang merah sehingga layu dan masukkan pula bawang putih
- Tumis sehingga naik bau
- masukkan cili kisar dan dimasak sehingga terbit minyak
- kemudian masukkan sotong dan belacan , gaul sebati
- tutup kuali/periuk dan guna api paling perlahan
- biarkan sehingga sotong lembut (jgn letak air sbb sotong akan mengeluarkan airnya sendiri
- masukkan air asam jawa dalam 1/2 - 1 cawan
- garam dan serbuk perasa
- masak biar lama sedikit dengan api perlahan


* Sedap dimakan dengan nasi lemak dan nasi putih pun ok...


Waffle




Bahan-bahannya:


(A)
2 cawan tepung gandum
1 suduteh baking powder
(*Dua2 bahan ni diayak)
secubit garam
4 biji kuning telur
1 1/2 cawan susu segar

(B)
4 biji putih telur - dipukul hingga kembang 
(* Pastikan mangkuk/bekas yang digunakan kering , kalau tidak putih telur tak kembang)

Cara-caranya:

- Campurkan kesemua bahan-bahan (A) dan digaul dengan pemukul sehingga sebati
- pukul bahan (B) hingga kembang dan naik
- kemudian bahagi tiga bahan (B), ambil 1/3 bahagian dan gaulkan ke dalam bahan (A) secara lipat(folding method), lakukan secara perlahan
- kemudian ulangi bahagian kedua dan ketiga...dan digaul sebati
- panaskan acuan
- ambil dua senduk dan letak di dalam acuan, tutup acuan dan bakar hingga masak....
- boleh dimakan bersama perisa jem yang kita kehendaki...Makan panas2 baru sedap terasa kerangupannya...


Selamat mencuba...


 


Wednesday, 21 March 2012

Apam Pandan





Bahan2:

3 1/2 cawan tepung gandum* - ayak
1 cawan gula *
1/4 suduteh garam*

(* gaul sebati)

2 cawan air pandan#
1 paket yis mauripan#

(# dibancuh dan biarkan sebentar atau sehingga berbuih)

- campurkan bahan2 * & # dan digaul sebati dan ditapis jika berketul
- panaskan pengukus
- sapu loyang dengan minyak agar tak melekat
- kukus selama 30 minit / sehingga masak
- biarkan sejuk baru dipotong
- hidangkan bersama kelapa parut dicampur sedikit garam(nak tahan lama kukus sebentar)

Lepas tu makanlah...hehe...