Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Tuesday 27 March 2012

Pajeri Epal Hijau, Ayam Golek bulu balik & Nasi Tomato


Pajeri Epal Hijau

Bahan-bahannya:

8 biji epal hijau (jgn buang kulit, potong 6@epal)
Bahan penumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
2 biji Bawang besar  *
5 ulas bawang putih *
Halia sebesar ibujari *
* Dikisar bersama, tapi kalau nak simpan lebihannya kisar asing2
1 senduk kerisek
1 biji kelapa( santan)
3-4 sudubesar rempah kari
minyak untuk menumis
Sedikit garam
Gula pasir/gula merah/kabung(ikut manis yang dikehendaki)

Cara-caranya:

Panaskan minyak

Tumis bahan penumis (4 sekawan) sehingga naik bau

masukkan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau

masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak

campurkan santan & biarkan menggelegak seketika

masukkan epal hijau dan gaul rata

Letakkan kerisek, garam & gula

Gaul sebati dan masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat

* Jangan masukkan epal terlalu awal untuk mengelakkan epal layu sangat




Ayam Golek Bulu Balik

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (Jgn dipotong)

Sos Tiram*
2 inci Halia*
2 biji Bawang Besar*
4 ulas Bawang putih*
3 batang Serai*
1 sudubesar Lada hitam*
3 sudubesar Rempah serbuk kari*
Gula pasir/gula merah/kabung (ikut citarasa)
Garam*

1 senduk santan

# Beberapa labu bawang putih untuk membuat BULU BALIK.
# Pilih ulas yang besar dan hiris-hiris lebar
# Goreng sehingga garing dan wangi
# Susun di atas ayam golek yang telah disapu sos , seperti bulu ayam

Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan-bahan* dan dikisar halus

- Perapkan ayam selama 1/2 jam bersama bahan-bahan yang dikisar tadi

- Setelah 1/2 jam, keluarkan ayam dari bahan perapan dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas timah/aluminium foil.

- Bakar ayam selama 45 minit atau sehingga masak

- Masak air perapan ayam tadi di atas api yang sederhana dan campurkan 1 senduk santan untuk dijadikan sos. Kacau sehingga sebati dan  pekat

- Setelah ayam betul2 masak, angkat dan hias 

- Sapukan sos diseluruh badan ayam tadi, dan disusun bawang putih yang telah digoreng tadi untuk menjadi bulunya...

- Setelah selesai, sedia untuk dihidangkan (BOLEH DIJADIKAN LAUK PENGANTIN)




Nasi Tomato

Bahan-bahannya:

Minyak sapi
Majerin
Minyak
(Secukupnya untuk menumis)
Bahan penumis (4 sekawan)
1/2 senduk halia kisar
1/2 senduk bawang putih kisar
1 senduk bawang besar kisar
1 biji tomato - potong dadu
1 kg beras Basmathi/boleh ditukarkan dengan beras Siam 
2 helai daun pandan (disimpul)
Air secukupnya
1 tin kecil tomato puree
Garam secukupnya
1/2 tin susu cair ( masukkan bila air nasi hampir kering)


Cara-caranya:

- Basuh beras dan toskan

- cairkan majerin & minyak sapi bersama minyak

- tumis bahan penumis 

- masukkan bahan2 yang dikisar dan tumis lagi hingga naik bau

- campurkan tomato dan kacau rata dan sedikit layu

- masukkan beras yang dibasuh tadi bersama daun pandan dan digaul rata

- Tuangkan air ke dalam beras dan digaul rata lagi

- masukkan tomato puree dan garam

- masak nasi di atas dapur #(Petua untuk mendapatkan nasi yang tidak berkerak, nasi kena sentiasa dikacau semasa memasaknya)

- Apabila nasi hampir kering, baru dituangkan susu cair ke dalamnya

- Kemudian periuk diangkat dan dimasak pula menggunakan rice cooker sehingga masak

- Jangan lupa dikacau rata nasi supaya masaknya rata

Hidangkan NASI TOMATO bersama PAJERI EPAL HIJAU & AYAM GOLEK BULU BALIK

Selamat Mencuba



No comments:

Post a Comment