Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Sunday, 8 April 2012

Cakoi & Pau/cakoi kacang Merah


Bahan-bahannya:


1 kg tepung gandum
1 paket ibu cakoi (ibu ni yang membuatkan cakoi menjadi lembut dan bersarang)
1 senduk nasi gula pasir
1 senduk nasi minyak
1 suduteh garam
(Gaul sebati semua bahan-bahan kering di atas)
3 1/2 cawan air (Tuangkan air ke dalam bahan-bahan kering dan gaul sebati, tapi jgn diuli)
* Perap 4 jam / semalaman

* Sesiapa yang berminat nak mencuba dan mendapatkan ibu cakoi leh inbox mama di FB atau email ke fifi1764@yahoo.com

Cara-cara:

* Tabur tepung atas papan pencanai dan canai doh...potong memanjang 
* Guna lidi sate atau chop stick dan celupkan ke dalam air, sapu di tengah2 doh yang telah di potong memanjang. (air berfungsi sebagai gam kepada doh cakoi)
* Tangkupkan doh di antara satu sama lain 
* panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga keperangan
* makan bersama sambal tumis, kuah kacang atau seri kaya (ikut citarasa)







Pes Kacang Merah (1 kg @RM4.80)




3 comments:

  1. sori Intan, mama tak perasan msg ni...boleh, bagi emailkan phone number pada mama...

    ReplyDelete