Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Monday 21 January 2013

Kelas masakan di Pusat Masakan Kemas Rembau 2013 dah bermula....taraaaa!!!

Inti kelapa utk roti dll

Sorry inti kacang merah ni untuk buat roti nanti...terlupa nak ambik gambar masa dah masuk dalam bekas, ingat ambik masa dalam kuali je issskkk,...sorry sgt2 gambar tak cantik hehe


Inti Murtabak VIP








Sunday 20 January 2013



PUDING ROTI BERSAMA SOS KASTAD
  Sumber: Jamaliah Ibrahim

12 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 litre susu segar/fresh milk
4 biji telur
1 senduk brown sugar
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara
Rendam roti didalam fresh milk selama setengah jam. Masukkan telur, gula, butter dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Satukan dlm roti dan kacau adunan hingga sebati.
Masukkan kismis dan kacau sedikit.
Tuang adunan ke dalam periuk nasi elektrik dan masak. Cucuk dgn lidi utk mengetahui bahawa puding betul2 masak. Jika adunan tidak melekat pada lidi, bermakna sudah betul masak.

resepi sos kastard:

2 tin susu cair
4 sudu besar kastad
6 sudu besar gula perang lembut
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur.
Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak (saya suka sedikit cair).

Selamat mencuba! :)