Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Thursday 31 October 2013

Biz (Homemade) yang ku usahakan di rumah



















Untuk tempahan & mendapatkan cara pembayaran sila pm Mamanur’s Kitchen ye...

Penghantaran poslaju akan dibuat pada hari rabu atau khamis pada setiap minggu. Sila buat pembayaran & kemukakan resit pembayaran sebelum penghantaran dibuat.

Terima kasih diatas kerjasama...

Tuesday 29 October 2013

Tat Nenas gulung & Chocolate chip
 Tempahan dari rakan untuk Perayaan Deepavali Sabtu nanti












Telor Dadar ala2 Mamanur
Hasil airtangan anak dara ke 4 ku....



Bahan-bahan:

3 biji telur
3 biji bawang merah/1/2 biji bawang besar(dihiris)
1 biji cili masak / 3 biji cili padi (dihiris)
Secelup garam pada garpu (jgn banyak takut masin sbb ada cheese)
sedikit lada sulah
1 keping cheese (mama guna cheesedale)
Minyak untuk menggoreng
Non-stick frying pan/ kalau takde leh guna kuali biasa je...

Cara2nya:

- Pukul telur dan campurkan garam (sekadar celupkan garpu dalam garam dah cukup)
- Panaskan minyak dan tumis bawang serta cili hingga naik bau
- tuangkan telur ke dalam kuali dan ratakan telur hingga menjadi bulat seperti membuat dadar
- bila dah mula membentuk, taburkan keju/cheese dan serbuk lada sulah, kemudian terbalikkan.
- bila dah masak angkat cepat takut hangus...rugi nanti sbb cheese mahal, hehe

* Dalam gambar telurnya kurang cantik sbb anak baru belajar , masa nak terbalikkan telur tu dia pecah...janji rasa ada....:)

Selamat mencuba...
Ayam masak merah ala2 Mamanur
Ajar anak dara ke 4 ku memasak, Alhamdulillah menjadi...




Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam - potong 12/16 (dicuci, lumur dengan 1/2 suduteh serbuk kunyit & 1/2 suduteh garam, lalu digoreng)
minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Bahan2 hiris:
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 biji buah keras

4 sekawan (1 kayu manis, 5 bj buah pelaga, 1 bunga lawang & 3 bj cengkih)
2 sudubesar serbuk cili/ cili kisar(bancuh dgn sedikit air)
4 sudubesar santan
1/2 cawan air(kalau suka kuah letak lebih sikit)
2 sudubesar tomato puree
2 sudubesar tomato sos
1 suduteh garam
9 suduteh gula
1/2 suduteh serbuk lada sulah
1 labu bawang besar (diptg  bulat untuk ditabur dalam kuah)
Daun sup & bawang

Cara2:

- Panaskan minyak & tumis bahan2 yang dihiris hingga naik bau
- masukkan bahan2 yang dikisar dan tumis lagi hingga naik bau
- masukkan 4 sekawan dan cili serbuk dan masak hingga pecah minyak
- Tuangkan santan dan sedikit air, kacau  rata
- bila sudah menggelegak, masukkan semua bahan2 lain dan kacau rata 
- Akhir sekali masukkan ayam dan gaul sebati
- Ikut suka kalau nak kuah banyak blh tutup api tapi kalau taknak banyak masak lagi hingga kuah sedikit kering.

* Ketika menghidangkannya bolehlah ditabur dengan sedikit bawang goreng & kacang peas, ikut selera masing2

Selamat mencuba....
 



Sunday 27 October 2013

Dalam susah2 nak cari belimbing buloh , tiba2 minggu lepas dapat rezeki orang bagi...Apa lagi cepat2lah kecutkan supaya bila nak buat sambal atau masak apa-apa nanti leh masukkan aje dalam masakan tu...Kalau dah dikecutkan dia tahan lama bila simpan dalam fridge...Alhamdulillah...












Ayam Sos Tiram ala2 Cina



Sambal Goreng Jawa



Kari ikan tanpa santan kegemaran suami mama...





Ikan kembung masak kicap