Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Thursday 31 March 2011

Perniagaan Makanan Segera/Sejukbeku

Perniagaan makanan segar/sejukbeku  ni mama mula kira-kira 2 tahun yang lalu. Mula-mula saja cuba-cuba je...tapi bila dah mula seronok pulak, lebih-lebih lagi bila ada permintaan walaupun sekali sekala je tapi mama dapat rasakan kepuasannya....Kalau dulu-dulu main order je...taktau nak buat sendiri lebih-lebih lagi Vitamin M terlalu menebal dalam badan ni, tapi la ni Alhamdulillah....semua tu dah hilang...:) Maka dapur hari-hari berasap, malah timbul pulak rasa kalau tak cuba satu-satu masakan tu hati rasa tak senang.....hehe.


Betullah kata orang  kalau kita beriman pada hari ini, tidak semestinya kita beriman sampai bila2 dan kalau kita jahil pada hari ini tak semestinya kita jahil sampai bila2...Hidup kita ibarat roda akan berubah-ubah...Moga-moga akhir hidup kita diakhiri dengan kebaikan(husnulkhotimah), Aamiin...


Begitu jugalah dengan aktiviti memasak ni, dulu malas sekarang dah rajin malah happy sangat-sangat bila sesuatu masakan tu menjadi...duk dapur sehari suntuk pun takpe hehe....

Getuk Ubi 10 biji @ RM4.00
Kuih Badak 10 biji @ RM4.00
10 biji @ RM4.00
Kuih Rengas/Kasturi 10 biji @ RM4.00

No comments:

Post a Comment