Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Monday 25 April 2011

Meehoon Kungfu Ala-ala Mamanur



Bahan-bahannya:


1 bungkus Meehoon (direndam hingga lembut dan digoreng dengan minyak yang sedikit sehingga sedikit  garing
Bawang putih 5 ulas (ketuk)
Bawang besar yang sedang (hiris)
Cili merah 1 biji (hiris)
Cili padi 7 biji (ketuk sikit atau biarkan bulat sj)
Ayam /udang/sotong (ikut suka sebagai perencah)
Cube ayam/bilis 1 ketul
Sos tiram 3 sudubesar
Sos tomato 3 sudu besar
Karot 1 biji /sawi/cauliflower (potong bulat atau nipis)
Serbuk lada sulah  1 suduteh
Air 3 cwn (ikut pekat dan banyak kuah yang kita mahukan)
Garam (agak2 masinnya sebab dah letak sos tiram)
Gula dalam 2 sdbesar(manis2 sikit kuahnya lagi sedap)
Tepung jagung 1 sdbesar (bancuh dengan air)-kuah kalau rasa pekat sgt, tambah air lagi
Bawang goring segenggam
Daun sup n bawang
Telor 5 biji(sebiji sorang kalau suka)-rebus dalam periuk lain, jgn campur dengan kuah nanti jadi pekat sangat)-guna air sikit je pastu masukkan telur hingga masak, buat sehingga habis


Cara-caranya:

-   Tumis bawang putih, merah n cili hingga layu
-   Masukkan tomato sos dan sos tiram dan digaul rata
-   Masukkan perencah ayam/sotong/udang (ikut suka) dan gaul sebagi sehingga separuh masak
-   Masukkan sayur2an dan air...biarkan sayur masak dan kuah menggelegak
-   Masukkan pula air tepung jagung (adjust ikut berapa banyak kuah yang dikehendaki)-kalau pekat tambah air
-   Garam,gula dan lada sulah
-   Tabor bawang goring dalam kuah dan kacau sebati
-   Hidangkan meehoon yang dah digoreng tadi(tknak goring pun tkpe) dengan kuah kungfu, telur,bawang goring, daun sup dan daun bawang....meletopp!!!




Wednesday 20 April 2011

Spaghetti bersos cendawan ala-ala Mamanur



Bahan-bahannya:

Spaghetti jenama San Remo 1 paket (500gm)-rebus bersama 1 ½  suduteh garam dan minyak  3  sudubesar
Bawang putih 7 ulas (cincang)
Bawang besar 1 biji (hiris kecil)
Cili kisar 2-3 sudubesar ikut suka
Cili benggala 1 ( ptg dadu)/karot/batang saderi (potong dadu)
Tomato 2 (ptg dadu)
Sos spaghetti berperisa cendawan(jenama Kimball) 1 botol
Sos tomato (jenama Kimball) 5 sudubesar/(ikut suka masam yg kita kehendaki)
Cili hijau 2 biji (buang biji dan hiris nipis)
Cube ayam 1 ketul
Serbuk perasa 1 suduteh (optional)
Gula 3 sudubesar (seimbangkan dengan masam tomato)
Daun sup & bawang (hiris)
Cili merah 2 (hiris)
Bawang goreng segenggam
Air ikut suka banyak mana kuah yang kita nak

Cara-caranya:
- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu, masukkan  cili kisar , cili  hijau, tomato sos dan sos spaghetti dan masak hingga naik minyak.

- masukkan ayam/udang dan cube ayam dan gaul rata

- bila ayam dh agak lembut masukkan semua sayur2an dan letak sedikit air

-Letak garam , serbuk perasa dan gula serta  tabus segenggam bawang goring dalam sos dan gaul rata dan biarkan sos menggelegak

-spaghetti boleh digaulkan terus bersama sosnya atau bila hendak dihidangkan....tabur bawang goring, daun bawang dan daun sup serta cili potong...

*Spaghetti boleh direbus kemudian simpan dalam peti sejuk selama seminggu dalam bekas kedap udara , bila nak makan buatkan sosnya atau tuang je sos dah tersedia...






Tuesday 19 April 2011

Bersantai bersama anak2 dan rakan2 mereka sehari sebelum final exam tahun akhir

Hari Ahad lepas Mama ngan Alang awal2 lagi dah keluar pi cari ayam, sebab takut ayam takde. Dah dua hari cari ayam kat PD ni tak jumpa2...mujur pagi ni dapat beli ayam kat kedai dalam taman ni juga, Boleh tahan gak harga seekor ayam RM21.50.


Lepas beli barang2 yang diperlukan , kami balik ke rumah dan terus memulakan aktiviti memasak Nasi Ayam.  Tanpa dirancang Alang pulak beria2 sangat nak ajak pi makan di tepi pantai, nak tenangkan fikiran katanya...mula2 Mama agak keberatan juga sebab takut Angah dan kawan2nya tak mau pegi sebab mereka nak periksa esoknya...tapi rupanya mereka seronok bila dengar nak pi makan di tepi pantai...Oleh kerana waktu zohor telah hampir, maka kami tunggu sehingga masuk waktu zohor...lepas solat kami pun berangkat ke Pantai Tanjung Biru, Mama menaiki kereta Alang bersama Angah, manakala kawan2 Angah menaiki kereta kancil Mama yang telah banyak berjasa tu menuju ke destinasi....




Nasi Ayam
1 ekor ayam-ptg 12 (rebus bersama halia [sbsr ibujari] [hiris/ketuk]  dan bawang putih [6 ulas])
Beras 3 gelas ( masak bersama stok ayam di atas sbyk 3 ½ gelas)
Bawang merah 7 bj (di hiris nipis dan digoreng bersama k.manis[1],bunga lawang[1] ),buah pelage(5)-à tuangkan dalam periuk nasi
1 sdteh garam
(Tutup Periuk dan masak)

Ayam
Angkat ayam dari rebusan gaul dgn kicap tamin/kicap manis kipas udang
Goreng ayam tapi jgn terlalu garing

Sup
Stok ayam dicampur dgn sup bonjot[1], cengkih[3], kayu manis[1] , bunga lawang[1],buah pelaga[5]
Kiub ayam[ 1]
Garam secukup rasa
Tabur bawang goreng --àmendidih
Daun sup n bawang ditabur ketika menghidang...

Dah masak, hidangkan nasi bersama timun, salad dan tomato
Serta sos cili (cili masak 9 bj + bawang putih 7 ulas + halia [2 hirisan] + gula[3/4  sdbsr] + garam seckp rasa)-àblend n jerang atas api

Dan kicap ( air stok ayam +kan dgn kicap tamin/manis cap udang)àterpulang berapa banyak nak wat kuantitinya

HIDANGKAN: NASI DI TABUR DGN BAWANG GORENG DAN DAUN SUP N DAUN  BAWANG
DAUN SALAD,TIMUN DAN TOMATO,SOS CILI DAN KICAP-SEDAPPPP…terima kasih ES
Semoga hidupmu diberkati Allah senantiasa ES...Aamiin..







Monday 11 April 2011

Kelas Kuih Kole Kacang


Terima kasih Kak Nur kerana sudi menunjuk ajar cara membuat kuih kole kacang ni...semoga rezeki Kak Nur bertambah dan diberkati Allah...aamiin..

Sunday 10 April 2011

Bengkang Pandan 'Nasi Lemak Kopi O'

Bestnya kat TV9 ada rancangan buat kuih setiap hari Ahad, hari tu buat kole kacang boleh tahan gak rasanya...cuma tersalah beli tepung hahhaa...dahlah rasanya jadi lain.Bantai jelah...pagi ni bila dapat je resepi kuih bengkang pandan ni terus teringin nak cuba...kalau tak makan pun nanti malam boleh bawak pi ngaji kat surau...Alhamdulillah pulak, selalu kat surau orang tak ramai sangat...tapi malam ni ramai pulak orang , termasuk beberapa orang tabligh yang bermalam kat situ...Jadi memang rezeki merekalah nak merasa bengkang ni....murah rezeki tuan punya resepi sebab resepinya dapat dirasai oleh orang-orang yang mendekatkan diri dengan Allah..Aamiin...




Bahan-bahannya:

6 bj telor grade A
1 3/4 cawan gula
2 cawan santan pekat
1/4 cawan air pandan (dari 6 helai daun pandan)kalau guna telur A, tapi kalau yang B atau C, guna air 1/2 cawan 2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung(ayak)
1/3 cawan minyak sayur
Bijan(sesame seeds) - untuk tabur atas adunan sebelum bakar


1. pukul gula ngan telor hingga sebati
2. masukkan santan dan air jus pandan dan pukul lagi hingga rata
3. masukkan tepung sikit2 dan kacau sebati
4. akhir sekali tuangkan minyak sayur ke dalam bancuhan dan kacau sebati 5.panaskan oven selama 15 minit, lapik loyang dgn kertas minyak, sapu sekeliling loyang dengan minyak supaya tak lekat. 6. tabur bijan atas adunan
7. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak, pada suhu 180 darjah selsius 8. sejukkan dulu baru potong supaya tak lekat...sapu dulu pisau pemotong dengan sedikit minyak...




Saturday 2 April 2011

Kelas membuat chocolate

Terima kasih kepada adik Faidhirah kerana sudi menurunkan ilmu membuat chocolate...semoga hidupmu sekeluarga diberkati dan dikurniakan rezeki yang luas dan kesihatan yang baik, aamiin...










Friday 1 April 2011

Ikan Bawal Hitam masam manis/sweet sour





Sweet sour/masam manis
Bahan-bahannya:

Ikan(tk kisahlah ikan apa pun)
2 biji bawang besar- hiris
4 ulas bawang putih- hiris
Halia sebesar ibujari- hiris halus
3 sudumakan cili kisar
1 biji bawang besar- potong bulat
3 sudubesar sos tiram
3 sudubesar sos cili
2 sudubesar sos tomato
1 suduteh garam/ikut citarasa
3 sudubesar gula
sedikit air - agak2 dalam 1 gelas
1 sudubesar tepung jagung , bancuh dgn sedikit air(utk memekatkan kuahnya sedikit)
2-3 biji cili merah-belah dua dan buang bijinya
1 tin nenas
segenggam bawang goreng- tabur
3 tangkai daun sup- hiris2 untuk ditabur
7 biji cili padi - biarkan bulat2/cili benggala di potong panjang
sedikit sayur2an seperti karot, kacang panjang dll...kalau suka

* Cuci ikan, lumur dgn garam dan serbuk kunyit, kemudian bedakkan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing , tapi jgn sampai hangus...kalau hangus tanggung sendiri,,,hehe

1. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak
3 letak sedikit air dan tuangkan sos tiram, cili sos, tomato sos, garam dan gula serta cili merah, tambah air dan biarkan menggelegak, lalu di masukkan air tepung jagung dan nenas. gaul rata
4. taburkan bawang merah yang dihiris bulat, bawang goreng , daun sup dan cili padi
5. angkat dan tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi