Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Tuesday 27 March 2012

Nasi Kari Ayam

NASI KARI AYAM
resipi : Ibundo

sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:

3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
garam

Cara:

Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar(  letak daun kari sbb daun ketumbar  dimasukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.


Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.


Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.


* Utk lebihan kuah kari tu,  panaskan balik dan masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap   dan bolehlah dipadamkan api.

** Nasi Kari Ayam sedap gadingkan bersama Simple Salad With Cajun dan Air Asam.


No comments:

Post a Comment