Kari Ikan Siakap tanpa Santan
1 ekor ikan siakap/ikan merah
5 biji bawang merah/hijau}
3 biji bawang putih} hiris
1 biji bawang besar} hiris
2 biji cili merah} belah dua dan buang biji
4 sekawan - 1 kulit kayu manis, 5 bj buah pelaga, 1 bunga lawang & 1/2 suduteh halba
daun kari 2 - 3 tangkai
3 sudubesar penuh serbuk kari
1 sudubesar cili kisar/serbuk cili kalau suka pedas, tp kalau tak letak pun tkpe sbb serbuk kari babas dah sedia pedas
Asam jawa sebesar ibujari (bancuh dengan air, tapi ambik dalam 2-3 sudubesar aje airnya)
2 1/2 cawan air(ikut saiz ikan yg dimasak, pastikan ikan tenggelam)
7 biji bendi/terung (mama tk letak sbb tkde stok)
1 1/2 suduteh garam/secukup rasa
2 suduteh gula
sedikit bawang goreng ( kalau suka...tapi bagi mama mmg favourite)
Cara2nya:
- Panaskan minyak
- Tumis bawang putih n merah hingga naik bau
- masukkan 4 sekawan, daun kari, bawang besar dan tumis lagi hingga layu
- masukkan serbuk kari & serbuk cili + sedikit air, untuk elakkan hangus. Masak sehingga pecah minyak
- masukkan ikan dan gaul rata, kemudian baru masukkan air & cili merah/hijau dan renih sebentar
- +kan air asam jawa, garam & gula
- akhir sekali masukkan bendi / terung serta tabur bawang goreng. Masak hingga terbit minyak, baru tutup api ...lepas tu bolehlah dihidangkan...pasti menjilat jari! In sya Allah...
No comments:
Post a Comment