Ayam Sos Tiram
1 biji bawang besar - belah 4
4 ulas bawang putih - cincang
1 cm halia - hiris
3-4 tangkai cili kering - ptg2 je sepanjang 1 inci
3 sudubesar sos tiram
3 sudubesar kicap manis
2-3 biji kentang - buang kulit & ptg dadu kecil
Agerik (cendawan hitam) - kalau suka [opt]
1/2 suduteh serbuk lada putih
1 suduteh tepung jagung + 1/2 cawan air
1 suduteh garam (secukup rasa)
1 1/2 suduteh gula (ikut citarasa)
2 sudubesar bawang goreng
3 tangkai daun sup - dihiris
1) Panaskan minyak & tumis bawang besar, bawang putih, cili kering & halia hingga naik bau
2) Masukkan sos tiram dan kicap manis, kacau sebati
3) Masukkan kentang, ayam & agerik(cendawan hitam) berserta air (ttp kuali/periuk sehingga ayam, kentang & agerik empuk)
4) Dah empuk, masukkan garam, gula & serbuk lada putih
5) Air tepung jagung & renihkan sebentar
6) Tabur bawang goreng dan daun sup, masak hingga daun sup sedikit layu dgn api kecil
No comments:
Post a Comment