Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Monday, 23 December 2013

Ayam Sos Tiram



1 biji bawang besar - belah 4
4 ulas bawang putih - cincang
1 cm halia - hiris
3-4 tangkai cili kering - ptg2 je sepanjang 1 inci
3 sudubesar sos tiram
3 sudubesar kicap manis
2-3 biji kentang - buang kulit & ptg dadu kecil
Agerik (cendawan hitam) - kalau suka [opt]
 1/2 suduteh serbuk lada putih
1 suduteh tepung jagung + 1/2 cawan air
1 suduteh garam (secukup rasa)
1 1/2 suduteh gula (ikut citarasa)
2 sudubesar bawang goreng
3 tangkai daun sup - dihiris


1) Panaskan minyak & tumis bawang besar, bawang putih, cili kering & halia hingga naik bau

2) Masukkan sos tiram dan kicap manis, kacau sebati

3) Masukkan kentang, ayam & agerik(cendawan hitam) berserta air (ttp kuali/periuk sehingga ayam, kentang & agerik empuk)

4) Dah empuk, masukkan garam, gula & serbuk lada putih

5) Air tepung jagung & renihkan sebentar

6) Tabur bawang goreng dan daun sup, masak hingga daun sup sedikit layu dgn api kecil


Thursday, 19 December 2013

Karipap Kentang


Kulit Karipap (Resepi Mamak Haji)


4 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan minyak} panaskan
1 sudubesar marjerin} cairkan
3/4 suduteh garam (kalau suka masin boleh lebihkan garam)
Air

Cara:
- Panaskan minyak & marjerin
- Campur garam kedalam tepung & ratakan
- tuangkan minyak panas ke dalam tepung & gaul bersama senduk atau spatula
- tuang air sikit2 dan gaul rata
- uli sehingga doh menjadi licin
- perap 1/2 jam sebelum guna

Inti:

1 kg kentang ( dipotong dadu & rebus bersama 2 sdteh garam)
1 biji bawang besar - diptg dadu
4 ulas bawang putih - dicincang
1 kayu manis, 1 bunga lawang & 5 buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 sdbsr (bumbung) serbuk kari
Air paras kentang aje
9 suduteh gula
garam secukup rasa
1 kiub ayam (jika suka)/mama letak serbuk lada sulah je
Segenggam daun sup - dipotong2
2-3 sudubesar bawang goreng (fav. mama ni...tk letak pun tkpe)

** Cara masak inti , seperti biasa ye...






Sunday, 15 December 2013

Dapur rezekiku...: Kari Ikan Siakap tanpa Santan1 ekor ikan siakap...

Dapur rezekiku...: Kari Ikan Siakap tanpa Santan


1 ekor ikan siakap...
: Kari Ikan Siakap tanpa Santan 1 ekor ikan siakap/ikan merah 5 biji bawang merah/hijau} 3 biji bawang putih} hiris 1 biji bawang besa...
Kari Ikan Siakap tanpa Santan


1 ekor ikan siakap/ikan merah
5 biji bawang merah/hijau}
3 biji bawang putih} hiris
1 biji bawang besar} hiris 
2 biji cili merah} belah dua dan buang biji
4 sekawan - 1 kulit kayu manis, 5 bj buah pelaga, 1 bunga lawang & 1/2 suduteh halba
daun kari 2 - 3 tangkai
3 sudubesar penuh serbuk kari
1 sudubesar cili kisar/serbuk cili kalau suka pedas, tp kalau tak letak pun tkpe sbb serbuk kari babas dah sedia pedas
Asam jawa sebesar ibujari (bancuh dengan air, tapi ambik dalam 2-3 sudubesar aje airnya)
2 1/2 cawan air(ikut saiz ikan yg dimasak, pastikan ikan tenggelam)
7 biji bendi/terung (mama tk letak sbb tkde stok)
1 1/2 suduteh garam/secukup rasa
2 suduteh gula
sedikit bawang goreng ( kalau suka...tapi bagi mama mmg favourite)

Cara2nya:

- Panaskan minyak
- Tumis bawang putih n merah hingga naik bau
-  masukkan 4 sekawan, daun kari, bawang besar  dan tumis lagi hingga layu
- masukkan serbuk kari & serbuk cili + sedikit air, untuk elakkan hangus. Masak sehingga pecah minyak
- masukkan ikan dan gaul rata, kemudian baru masukkan air & cili merah/hijau dan renih sebentar
- +kan air asam jawa, garam & gula
- akhir sekali masukkan bendi / terung serta tabur bawang goreng. Masak hingga terbit minyak, baru tutup api ...lepas tu bolehlah dihidangkan...pasti menjilat jari! In sya Allah...





Kuih Seri Muka 
Sumber: Amina Irfan


bawah: 

300gm pulut (direndam 2-3jam) 
100ml santan 
250ml air 
1st garam 
*Satukan semua bahan dan kukus 20minit... dilorek2 menggunakan garpu lepas dikukus

Atas: 

175gm gula 
110gm tpg gandum 
15gm tpg jagung 
150ml santan 
250 air + air pandan 
1bj telor 
Sikit pewarna hijau 
secubit garam
* Blend semua bahan... tapis.... masak atas api hingga naik wap saja (jgn sampai berketul) .. tuang atas lapisan bawah yg dilorek dan kukus 20minit





Saturday, 14 December 2013

Dapur rezekiku...: Nasi Lemak Desa Permai (Homemade)Nasi Lemak...

Dapur rezekiku...: Nasi Lemak Desa Permai (Homemade)






Nasi Lemak...
: Nasi Lemak Desa Permai (Homemade) Nasi Lemak 3 pot beras  150ml santan* Air (Santan* + Air = 3 1/2 pot beras) 1 1/4 suduteh ga...
Nasi Lemak Desa Permai (Homemade)






Nasi Lemak

3 pot beras 
150ml santan*
Air (Santan* + Air = 3 1/2 pot beras)
1 1/4 suduteh garam
2-3 helai daun pandan
- masak nasi guna rice cooker hingga masak

 Cara menghidang

4 biji telor (jadikan telor mata/ikut suka)
ikan bilis & kacang tanah (digoreng) *mama tk letak kacang tanah & timun sbb malas nak pi beli*
1/2 biji timun (dihiris nipis )               
sedikit bawang goreng (jika suka)
Sambal telor / sambal udang/ sambal bilis (mama hidangkan dgn sambal telor sbb ada baki sambal telor malam tadi)






 Sambal Telor (Resepi ulangan)

4 biji telor (Rebus & buang kulit)
3 ulas bawang putih (cincang)
5 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang besar (ptg bulat)
3 sudubesar cili kisar(mama guna cili serbuk je + sedikit air)
2 sudubesar sos cili
secawan air
sedikit daun kucai( kalau tk letak pun tkpe)
Garam secukup rasa
Gula 3 suduteh
sedikit bawang goreng

Cara2:

- Panaskan minyak dan goreng telor yg dikupas tadi sebentar, angkat & ketepikan
- guna minyak yg sama dan tumis bawang putih hingga naik bau... baru masukkan bawang merah dan tumis hingga layu
- masukkan cili kisar hingga terbit minyak
- kemudian masukkan sos cili beserta air...
- campurkan telor dan gaul rata
- letak gula & garam secukup rasa
- taburkan kucai, bawang goreng & bawang besar...gaul sebati dan masak hingga terbit terbit minyak sekali lagi. Dah masak, tutup api ye...




Sambal Telor



4 biji telor (Rebus & buang kulit)
3 ulas bawang putih (cincang)
5 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang besar (ptg bulat)
3 sudubesar cili kisar(mama guna cili serbuk je + sedikit air)
2 sudubesar sos cili
secawan air
sedikit daun kucai( kalau tk letak pun tkpe)
Garam secukup rasa
Gula 3 suduteh
sedikit bawang goreng

Cara2:

- Panaskan minyak dan goreng telor yg dikupas tadi sebentar, angkat & ketepikan
- guna minyak yg sama dan tumis bawang putih hingga naik bau... baru masukkan bawang merah dan tumis hingga layu
- masukkan cili kisar hingga terbit minyak
- kemudian masukkan sos cili beserta air...
- campurkan telor dan gaul rata
- letak gula & garam secukup rasa
- taburkan kucai, bawang goreng & bawang besar...gaul sebati dan masak hingga terbit terbit minyak sekali lagi. Dah masak, tutup api ye...


Thursday, 12 December 2013

NASI GORENG CINA & IKAN KEMBONG REBUS




Bahan-bahan:
 
Minyak masak
3 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
3 biji bawang merah (kisar/tumbuk)
2 sudu besar sos tiram
Sayur campur
Garam secukup rasa
2 biji telur
3 cawan nasi
Bahan-bahan sampingan:
Hirisan lada merah
Hirisan timun

Cara-cara memasaknya:
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik baunya.
Setelah naik baunya masukkan sos tiram, kacau seketika.
Selepas itu masukkan sayur dan garam, biar sehingga sayur layu.
Bila sayur layu masukkan telur, kacau mesra.
Akhir sekali, masukkan nasi gaul rata.
Siap dihidang dan letakkan bahan-bahan sampingan disisinya.

***Jika suka boleh ditambah dengan bahan-bahan lain seperti udang, sotong, isi ayam dan yang lainnya
Sedap dimakan bersama sambal belacan & apa2 sambal je...

Utk menumis , mama guna minyak n sedikit butter.
Mama hidangkan bersama ikan kembung rebus yg mama dah frozenkan, tinggal goreng je...kalau nak makan bersama telor mata pun sedap!!...
 

 
Resepi mudah tapi tak meragukan siapa yg buat, halal atau tidak?!

Ikan Kembong Rebus (Homemade) Resepi arwahMak Mertua

Ikan kembong
Air separas ikan/sehingga semua ikan tenggelam
Garam
Asam keping (1-2)

Rebus semua hingga hampir kering airnya, masukkan minyak dalamm1-2 sudubesar Bila dah kering airnya dan ikan nampak berkilat sikit, padamkan api...biarkan sejuk baru diangkat. Boleh difrozenkan, bila nak makan keluarkan dlm 1/2 jam sebelum menggoreng. Sgt rangup n sedap! In sya Allah...


Mocha Brownies
(Chef Michael's Kitchen)

 



A)
1 cwn tepung gandum
2 sudubesar serbuk koko
1/4 suduteh garam
1/2 suduteh serbuk penaik
1 sudubesar serbuk kopi segera
* Gaul sebati semua bahan, ketepikan
 

B)
60oz/450gm dark chocolate
6oz/170gm butter
* Campurkan kedua2 bahan & cairkan dgn kaedah double boiler/wapkan...maaf tk berapa pandai nak translate hehe.

C)
2 Cawan gula perang
4 biji telur
2 suduteh vanila
* Gaul sebati guna senduk kayu je...

D)
Campurkan (A) dlm (C) - gaul sebati
Campurkan (B) dlm (A & C)

+kan 1 cawan chocolate chip & gaul sebati.

Panaskan oven 350●F
Bakar selama 40 minit/sehingga masak bergantung pd oven masing2...
Sejuk baru potong ye....mmg yummy!!

#Nak sedap lagi hidang dgn ice-cream + air kopi