Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Thursday 12 April 2012

Pucuk Ubi goreng berlado


Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar/7 ulas bawang merah
4 sudubesar cili kering kisar
sedikit ikan bilis
2 sudubesar bawang goreng
1 keping asam keping
1 suduteh garam
2 sudubesar gula - ikut citarasa
1/4 cawan minyak untuk menggoreng /ikut banyak pucuk ubi


Cara-caranya:

- Tumis bawang merah hingga layu dan naik bau
- masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak
- masukkan ikan bilis ,asam keping dan semua bahan perasa
- masukkan pucuk ubi dan gaul rata
- tabur bawang goreng dan teruskan mengacau sehingga kering (guna api kecil sahaja)
- Dah kering dan kelihatan hitam dan garing sedikit baru diangkat 
- sedap dimakan ketika nasi panas, roti dan sebagainya.Malah sedap juga dijadikan kudap2an ketika menonton Tv...tak caya cuba


* Pucuk ubi goreng berlada ni seperti juga rendang pucuk ubi boleh dijadikan bekalan untuk jemaah haji dan anak-anak yang duduk jauh atau di asrama2
* Boleh tahan lebih dari 3 bulan kalau disimpan dalam bekas kedap udara didalam petisejuk.

No comments:

Post a Comment