Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Tuesday 10 May 2011

Tat Telur oh Tat Telur!!!....

Malam tadi mama tidur awal dari selalunya...jadi hari ini seawal jam 5.45 pagi mama dah bangun dengan penuh semangat..Lepas solat Subuh, mama terus je ke dapur nak buat Blueberry cheese tart sebab dah 3 hari rasanya tertangguh akibat Vitaman 'M' tebal dalam badan..

Tanpa usul periksa dengan konfidennya mama terus capai semua bahan2 yang diperlukan dan mula menyukatnya..setelah selesai , mama pun mulalah memukulnya. Nak dijadikan cerita , mama dah terlupa mana mama letak pemutar letrik, jadi kenalah kayuh ngan tangan je...kayuh pun kayuhlah , janji leh buat Blueberry cheese tart...

Mama mulakan dengan membuat filling(intinya ) dulu...setelah bahan2 dipukul, tibalah masanya   nak mencampurkan bahan yang utama iaitu cream cheese...mama pi ambik kat dalam peti sejuk..pada mulanya mama rasa happy sebab tenguk ada dua kotak, beranganlah pulak nak buat banyak dan leh jual masa pi mesyuarat AIM nanti...tapi bila periksa tarikh luputnya...mak aiii terkilan rasanya hati ini, bila tenguk dah luput sejak Jun dan Julai 2010....bayangkan berapa lama dah mama simpan cream cheese tu...sampai expired , hehe...nak buat cam mana dah salah sendiri.







Tiba2 mama teringat pulak pada tat telur, maka mama pun terus tambah bahan2 yang perlu untuk inti tat telur, bahan2nya semua sama kecuali butter!Inti tat telur tak perlu butter , tapi dek kerana awal2 lagi mama dah pukul butter bersama gula sayang pulak mama nak buang, maka mama teruskan juga guna bahan2 tadi...setelah selesai semua proses, maka sampailah masanya untuk membakar...

Kulit tat menjadi cantik dan rangup...puashati, pastu mula isikan intinya dan bakar sekali  lagi dalam 20 minit...
terkejut tak terkejut bila tenguk, tatnya jadi lembik dan intinya cair tak mau beku hahaha...mula2 mama salahkan resepi yang mama perolehi dari internet, tapi bila check semula laman webnya, lebih dari 89 orang yang dah buat dan komen kata sedap !! Sukatannya pun semua sama, takde yang kurang dan lebih, tapi kenapa mama punya pulak yang tak menjadi? Puas mama duk fikir dimana silapnya...

Ditakdirkan Allah,sebaik2 je lepas solat zohor , mama baru teringat dan terfikir,bahawasanya mama sendiri yang salah...intinya takmau beku kerana ada BUTTER...iskkk...salah sendiri bukan salah resepi. Butter kalau kena dimasak takke cair, mana boleh beku, hehe...sampai esok pun tunggu dia takkan membeku...maka jadilah tat telur yang sebegini...tapi takpe resepinya betul, cuma mama yang salah tak ikut resepi betul2...sapa nak cuba boleh tapi jangan buat macam mama, hehe..





Bahan2 untuk kulitnya:

160g butter
80gm gula castor
1 suduteh vanila
secubit garam
1/2 biji telur
250gm tepung gandum

- pukul butter & gula hingga sebati
- masukkan telur dan gaul sebati
- akhir sekali masukkan tepung gandum dan diuli sebati hingga  menjadi doh
- perap dalam peti sejuk selama 30 minit
- setelah 30 minit, ambil doh sebesar guli/bola golf & tekankan ke dalam acuan tat
- kemudian cucuk2 doh menggunakan garpu tapi jangan sampai tembus...nanti bisa bocor!!
- Panaskan oven sehingga 180 drjh celcius. Bakar selama 20 minit /sehingga berwarna kekuningan
- Biarkan sejuk selama 5-10 minit , baru dikeluarkan dari acuan.

Intinya:


1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudubesar tepung kastad
1/2 suduteh vanila
sedikit pewarna kuning


Cara2nya:


- campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan digaul sebati dan tapis
- tuangkan bancuhan ke dalam kulit tat lalu dibakar selama 10 minit/sehingga masak
- sejukkan dulu baru dihidangkan...

Takpe, mama tak putus asa, tu pengajaran namanya...petang ni mama nak cuba buat lagi, tapi kali ni nak guna whipping cream pulak, bila dia jadi macam tat Portugese...tapi kulitnya mama tak guna puff pastri tapi guna doh biasa je...mudah2an kali ni menjadi...

No comments:

Post a Comment