Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Monday 30 May 2011

Bingka Labu



Malam tadi suami dah sound dah...labu beli beberapa hari dan dah banyak kali sebut dah nak buat Bingka Labu, tapi masih tak buat2...kan dah kena sound...ni yang tak best ni, tapi bukan salah sapa2...salah sendiri gak! Jam dah pukul 10 malam, tapi dek kerana dah kena sound maka rajinkan jugalah diri untuk ke dapur walaupun mata rasa dah mengantuk...:) Nasib baiklah resepi yang mama dapat dari rakan fb mama, Puan Shanty Suziana ni mudah...maka taklah lama sangat nak membuatnya, dalam masa sejam je dah siap...cumanya, bingka jadi agak lembik sikit sebab labunya tak dan nak sejuk dah dilenyek dan dibancuh...takpelah janji suami mama puashati dapat makan bingka labu ni sebelum tidur...Suami mama dah makan siap puji lagi tu kata Sedappp!!!!Hilang terus mengantuk hehe....

Bahan-bahannya:


* 450gm labu (kukus & lenyek)
* 5 biji telor ayam (kacau perlahan)
* 500ml santan (200ml santan + 300ml air)
* 200gm tepung gandum
* 180gm gula halus
* 1/2 camcateh garam
* 1 camcateh vanila
* Bijan (optional)-tak letak pun tkpe...


Cara-caranya:
- masukkan santan, tepung gandum , gula halus dan garam lalu dikacau sebati
- masukkan labu yang dilenyek tadi dan kacau lagi hingga rata
- kacau telor dan vanila sedikit dengan sudu, kemudian campurkan dengan bahan-bahan diatas dan gaul sebati
- sapu loyang (8" x 8") dengan butter/majerin dan tuangkan bancuhan kedalamnya dan ditabur dengan bijan jika suka
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu kira-kira dalam 15 minit pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak
- Pastikan bengka ni sejuk dahulu baru dipotong, kalau tidak tak cantik...pastu makanlah hehe...

No comments:

Post a Comment