Bahan-bahan:
200ml air
90gm tpg jagung
40gm tpg beras
1 sudubesar tpg gandum
1 biji telor – dipukul sebentar
¼ suduteh garam
¼ suduteh lada sulah
Acuan Pie Tee
·
Campur tpg jagung,tepung gandum, garam dan lada
sulah dalam mangkuk
·
Masukkan telur dan gaul rata. Tuangkan air
sedikit demi sedikit sambil dikacau
hingga sebati.
·
Tuangkan minyak masak dalam kuali secukupnya
hingga menutupi acuan Pie Tee. Panaskan dgn api sederhana.
·
Panaskan acuan dalam minyak panas. Celup acuan
dalam adunan tepung dan celup dalam minyak panas hingga kuning sikit. Goyang
sehingga adunan tanggal daripada acuan. Angkat dan toskan.Buat sampai habis.
·
Bila kulit pie dah sejuk, simpan dalam bekas
kedap udara.
Inti:
4 ulas bawang putih – cincang
1 biji cili merah – potong dadu kecil
100gm ayam kisar
Sedikit air
1 biji lobak merah – parut
200gm sengkuang – parut
50gm argerik(cendawan hitam yg liat tu…)/sebenarnya apa
jenis sayur pun boleh, mama ada argerik maka gunalah argerik
1 suduteh sos tiram
½ suduteh garam
½ suduteh gula
½ suduteh serbuk ayam
2/3 cawan air
Sedikit minyak bijan(optional- yang ni mama pandai2 tambah
Hiasannya:
1 plain omelet – hiris
Bawang goring (mama campur je…masa tumis inti lagi senang
Sedikit daun ketumbar
·
Panaskan 2 sudubesar minyak dan tumis bawang
putih hingga naik bau
·
Masukkan ayam atau bahan2 seafood yg
digunakan.kacau hingga masak dan letak sedikit air
·
Seterusnya masukkan sayur2an…masak hingga
lembut.
·
Isikan inti dalam kulit pie tee dan hias dengan
telur dadar , daun ketumbar dan bawang goring
·
Makan bersama cili sos bawang putih
Bahan2 Sos:
4 biji cili merahm-kisar
2 sudumakan cuka
2 sudumakan air panas
¼ suduteh garam
½ suduteh gula pasir
No comments:
Post a Comment