Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Sunday, 17 July 2011

Kek Pisang



Pagi ni mood bagus sikit, walaupun ada rasa kurang sihat...teringat kat pisang yang mama beli kelmarin, kalau tak buat apa2 nanti dia jadi lembik, sah2 masuk tong sampah nanti...sebelum jadi gitu lebih baik mama buatkan kek pisang....Resepi kek pisang kali ni mama ambik dari cik Sofinar...kali pertama nak cuba, nasiblah kalau jadi ke tak sebab kadang2 resepi yang kita ambik dari internet ni bukan semuanya menjadi...tapi Kek Pisang ni betul2 punya lembut & sedap!! Terima kasih pada tuan empunya resepi yang sudi berkongsi resepi kek pisang yang memang mama cari2...Jom kita tinjau resepi2 dan cara membuatnya...


Bahan-bahan

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang bulat (21cm) yang digris dengan minyak masak atau lapik saja dengan kertas,  bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit(mama bakar selama 40 minit je)
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda 








No comments:

Post a Comment