Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Tuesday, 19 July 2011

Ikan Kembung Rebus - Homemade




Pada penggemar ikan rebus, la ni tak payahlah lagi, nak beli kat pasar-pasar...sebab kita tak tau , kehalalannya...senang buat sendiri je  lagi sedap dan menyelerakan...ada pulak sambal belacan. Fuhh!!Sah mak & bapak mertua lalu pun tak nampak....tak percaya cuba...

Bahan2nya:

Ikan kembung 1 kg (siang & cuci bersih)
Air (dalam sejengkal ikan2 ni tenggelam)
2-3keping asam keping
garam 1/2 suduteh atau ikut masin yang kita kehendaki
Gula pemancing rasa kalau nak, letak sikit je...
2 sudubesar minyak masak


Cara2nya:
-campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali minyak masak, & rebus hingga , air hampir kering baru masukkan minyak .Rebus lagi sehingga kering sikit, tapi jangan sampai ikan tu melekat di kuali / periuk...


* Ikan rebus ni boleh disimpan dalam bekas kedap udara  dan diletak dalam freezer kalau nak simpan lama...bila perlu baru dikeluarkan dan goreng...garing dan rangup...



Selamat mencuba & menjamu selera

Sunday, 17 July 2011

Kek Pisang



Pagi ni mood bagus sikit, walaupun ada rasa kurang sihat...teringat kat pisang yang mama beli kelmarin, kalau tak buat apa2 nanti dia jadi lembik, sah2 masuk tong sampah nanti...sebelum jadi gitu lebih baik mama buatkan kek pisang....Resepi kek pisang kali ni mama ambik dari cik Sofinar...kali pertama nak cuba, nasiblah kalau jadi ke tak sebab kadang2 resepi yang kita ambik dari internet ni bukan semuanya menjadi...tapi Kek Pisang ni betul2 punya lembut & sedap!! Terima kasih pada tuan empunya resepi yang sudi berkongsi resepi kek pisang yang memang mama cari2...Jom kita tinjau resepi2 dan cara membuatnya...


Bahan-bahan

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang bulat (21cm) yang digris dengan minyak masak atau lapik saja dengan kertas,  bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit(mama bakar selama 40 minit je)
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda 








Kari kepala Ikan Merah Mamanur (tanpa santan)



Bahan-bahan:

1 Kepala Ikan Merah
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
Semua bahan-bahan bertanda * hendaklah dihiris untuk tumisan bersama 4 sekawan (1 bunga lawang ,5  buah pelaga , 1 kayu manis , 1 suduteh halba) & 1 tangkai daun kari


2 batang serai (ketuk)
Asam jawa sebesar ibujari (ambik 3 sudubesar je...jgn masam sgt)
2 cawan susu cair(mamak suka letak susu, tapi mama tak suka...jadi mama letak air biasa je untuk kuahnya)
2 biji cili hijau (belah dua & buang biji)
10 biji kacang bendi
2 biji tomato (belah 4)
1 - 1 1/2 suduteh Garam
2 suduteh gula untuk memancing rasa(tk suka ltk skt je)
2 sudubesar bawang goring ( kalau tak suka takyah letak)
.

Bahan-bahan untuk dikisar:

7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
3 sudubesar serbuk rempah kari BABAS
1 sudubesar serbuk cili atau beberapa tangkai cili kering (ikut pedas yang dikehendaki)

Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam 3 sudubesar
Tumis bahan-bahan yang dihiris bersama rempah ratus hingga naik bau
Masukkan pula bahan-bahan kisar dan gaul sebati, masak hingga pecah minyak
Masukkan kepala ikan dan gaul rata
Kemudian masukkan air asam jawa dan air (sekadar tenggelam ikan yang dimasukkan tadi)
Biarkan sehingga ikan masak baru dimasukkan garam,gula , cili hijau,  bendi dan tomato . Biarkan menggelegak sebentar baru ditabur bawang goring...
Dah masak angkat dan hidangkan...meletop!!!



Ayam Sos Tiram Ala2 Mamanur



Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong 18)
5 ulas bawang putih(ketuk & hiris)
1 biji bawang besar  (Hiris)
Halia sebesar ibujari (Hiris)
5 tangkai cili kering  (dipotong2)
3 batang serai  (titik)
2 sudubesar sos tiram
2 sudubesar kicap pedas Agromas (optional)
Sedikit serbuk lada putih
1 suduteh tepung jagung  (bancuh dengan 1/2 cawan air)
Garam secukup rasa
2 suduteh gula
2 sudubesar bawang goreng
2 sudubesar buah gajus (kalau ada untuk tabur semasa menghidang atau gaul je bila hampir masak,mama tak letak sbb stok gajus takde..). Kalau suka nak letak kentang pun boleh juga, 1 biji kentang dibelah 4....


Cara-caranya:


- Tumis bawang putih , halia & bawang besar hingga naik bau
- masukkan sos tiram , kicap, serai & cili kering
- kemudian masukkan ayam & gaul sebati dan sedikit empuk
- masukkan garam, gula dan lada putih
- Bila hampir masak taburkan bawang goreng dan buah gajus, gaul sebati
- hidangkan bersama nasi panas...

Sunday, 10 July 2011

Lempeng Pisang Oatmeal (NLKO)

Ya Allah...macam tak percayalah pulak....minggu lepas mama beli rempah soto kat Pasar Tani sebab  teringat nak masak soto atau meehoon soto. Tiba-tiba balik rumah bukak tv, tenguk-tenguk depa tengah tunjuk cara-cara buat soto...minggu ni pulak ada pak sedara bagi pisang embun dalam 6 biji, walaupun tak banyak tapi kalau buat cekodok atau lempeng sedap ni...tiba-tiba dengan kuasa Allah depa pi tunjuk cara-cara nak masak lempeng pisang oatmeal...bagaikan pucuk dicita ulam mendatanglah jawabnya...hehe. Apa lagi takkan nak lepaskan peluang...selalunya apa yang ditunjuk di NLKO resepinya menjadi & sedap!!

Lepas je habis nasi lemak kopi O , mama pun mulalah melenyek pisang...pastu terus bakar & hidang kat suami....tak sangka suka bukan main dia....siap puji kata sedap...mana tak sedap!!Mama hidangkan dengan madu hehe....inilah dia lempeng tu....




Bahan-bahannya:


1 cawan pisang (mama guna 5 biji pisang embun)
8 sudubesar oatmeal
10 sudubesar gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair (tapi mama letak 1/2 cawan je...& mama guna susu tepung sebab susu cair takde)
1 suduteh baking powder
2 sudubesar marjerin
1/2 suduteh garam


Cara-caranya:


Campurkan kesemua bahan-bahan di atas bersama pisang yang dilenyek tadi hingga sebati  Biarkan sebentar dalam 15 minit, baru panaskan kuali. Sapu kuali dengan sedikit minyak, lalu sendukkan bancuhan tadi dalam 2 - 3 sudubesar dan bakar sehingga masak / sedikit garing...dah masak hidangkan bersama buah2an seperti apple, oren, betik , temikai atau pisang yang dipotong-potong dan digaul bersama air gula...(mama letak madu je n hias dengan baki pisang yang ada...:)


Rasanya elok gak untuk diet ni...sebab kat sini ada oatmeal, buah-buahan & madu....betul tak?




Thursday, 7 July 2011

Buang Bayi - Insaflah !


Ya Allah...betapa sayunya hati ini , melihatkan anak-anak yang tidak berdosa ini....

Acuan-acuan yang aku miliki dulu kini dan selamanya....

Yahoooooo!!Happynya rasa dah dapat acuan yang mama tempah dari kawan mama tempohari...walaupun harga tak mahal tapi dah ada acuan karipap yang ni taklah risau sakit tangan lagi..kalau ok, karipap tkyahlah kelim lagi ikut corak yang ada tu aje...janji rasa sama...Rasa tak sabar nak mencuba ni...jap lagi nak buat inti karipaplah...Tungguuuuu....:)


            Inilah Acuan Karipap yang baru, nampak mudah...semoga ia dapat memudahkan kerja2 ku nanti...




Tuesday, 5 July 2011

padamu ku bersujud with lirik

Wajah Kekasih ♥ Siti Nurhaliza ♥♥♥♥♥

Ayam Goreng Berempah...


Bahan-bahan:-

* 4 labu bawang merah
* 6 batang serai
* 2 tongkol lengkuas(mama tak letak sbb tkde stok)
* 1 inci halia (kalau tkt buang angin je, tkyah letak hehe)
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* 5 sudu cili kering (blend)
* 5 helai daun kari(banyak lagi wangi)
* 5 tangkai cili kering dipotong 3
* sedikit serbuk perasa
* Garam 1 sdteh/atau ikut masin yang dikehendaki
* Gula – pemancing rasa dalam 1 sudubesar
* 1 biji telor
* sedikit tepung gandum dalam 1 sudubesar(optional)

Cara Memasak:-

1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam/ semalaman..
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (mama biarkan jek..tak hangus pun, cuma gelap sikit je hehe...sedang2 sedap je untuk dimakan..:)
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.



Monday, 4 July 2011

Sambal Ikan Bilis Hitam...

Hari ni Vitamin 'M' tak mengganggu mama, jadi apa lagi...terus pi dapur cari ikan bilis nak buat sambal hitam. Hari Sabtu hari tu pulak ada beli belimbing buluh sikit, tu pun nasib leh dapat...belimbing buluh ni bermusim , jadi bila ada je tu mama taknak lepaskan peluang ...belilah...sebab mama suka makan sambal hitam ni...