Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Tuesday, 27 November 2012

Lamanyalah dah tak mengemaskini blog ni...hari ni kuatkan juga semangat untuk memuatkan beberapa masakan yang telahku masak dan resepi yang telah dicuba...saja nak update blog ni supaya dapat dijadikan bahan rujukan.



Butter prawn



Bahan-bahannya:

(A)
1 kg udang (bersihkan dan digaul serbuk kunyit dan garam, lalu goring separuh masak)
-angkat dan ketepikan

(B)
10 biji kuning telor(gred C), 7 biji (Gred A)-pukul sikit sekadar hancur
¼ buku butter + 2 sudubesar minyak
-cairkan butter kemudian tuangkan kuning telor perlahan2 sambil dikacau dengan garpu sehingga telur bertukar kekuningan.
-angkat dan toskan didalam tapis, biarkan minyaknya tos.

(C)
½ buku butter + 2 sudubesar minyak
½ labu bawang putih*
2 tangkai daun kari*
10 biji cili padi – dihiris bulat(ikut pedas yg dikehendaki)* -tumis sehingga bawang sedikit kekuningan
½ cawan susu cair- kacau hingga sebati & sedikit pekat
½ suduteh garam & ½ suduteh gula
½ cube ayam (optional) tapi tak letak pun dah sedap!
-bila dah nampak pekat , masukkan udang yg digoreng tadi dan gaul sebati
-Akhir sekali masukkan telor yg telah digoreng dgn butter tadi dan gaul rata.
-Angkat & hidangkan.

# kalau nak lagi rangup letak ½ cawan nestum atau oat. Gaulkan sebati dan angkat. (semalam masa nak buat dua2 bahan ni lupa nak bawak, sbb kat umah mak mertua depa tkde stok. Letak je kalau ada lagi sedap….Telor tu kacau sampai terbentuk ngan garpu jgn berhenti…lenguh sikitlah tangan tu…tapi berbaloi takpe…lagi satu guna udang kertas, kalau guna udang yg kulit keras…nanti kulit kena kopek…tak best!...

Thursday, 28 June 2012

Laksa Sarawak


Bahan-bahannya:

1 paket (200gm) Perencah Laksa "HJ Manan"(resepi disertakan)
500gm Udang (isi udg direbus dan goreng)
1/2 ketul Dada Ayam (goreng dan carik2)
1 paket Meehoon (direndam)
300gm Taugeh (dicelur)
250ml Pati Santan
Garam & bahan perasa (jika suka)
Gula secukup rasa

1 ikat daun ketumbar (mama letak daun sup & bwg je)-hiris
4 biji telor ayam (jadikan telor dadar, gulung & hiris nipis)
2 batang serai
Air 1.5 - 2 litre

Penyediaan kuah laksa
 
Kulit udang yg sudah dikupas, direbus dgn air bersama serai selama 20 minit
Selepas itu toskan airnya dan masukkan perencah laksa dan kacaukan mengguna api yg perlahan.
Setelah mendidih , masukkan pati santan , garam dan serbuk perasa secukupnya. Tutup api apabila mendidih.

Cara hidangan: 
Masukkan meehoon kedalammangkuk dan letakkan taugeh, telur, isi ayam, udang & 3-4 helai daun ketumbar /daun sup. Masukkan kuah meehoon tadi dan hidangkan panas. Untuk rasa lebih enak, masukkan sambal belacan yg ditumbuk bersama cili dengan perahan limau kasturi.



Kek Lapis Traffic Light Masam Manis

















Wednesday, 27 June 2012

Kek Lapis Masam Manis

Kek ni tak boleh nak potong sbb ni untuk Majlis pertunangan adik ipar Mama hari Ahad nanti...kalau tak boleh tenguk lapisannya yang cantik...






Tuesday, 26 June 2012

Roti Jala Serawa Durian






Roti Jala

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
secubit garam
1 biji telor
pewarna (ikut suka)
Acuan roti jala (seperti gambar di atas)

* Campurkan semua bahan2 diatas dan tapis
* Bahagi dua kalau nak buat dua warna, tapi jika nak buat satu warna pun boleh
* Setelah itu masukkan bancuhan ke dalam acuan
* Sapukan minyak ke atas kuali non-stick pan atau kuali leper untuk capati(kuali biasa pun ok)
* Jalurkan bancuhan mengikut corak yang dikehendaki
* Setelah 3 minit balikan roti jala sebentar dan angkat
* Gulung atau lipat ikut suka
* Hidangkan bersama serawa durian atau kuah kari

Kari Ayam
 


Serawa Durian

Bahan-bahan:


Semangkuk durian
seketul gula kabung/melaka/Anau
3 sudubesar gula pasir (ikut citarasa masing2)
1 helai daun pandan  (disimpul)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1/4 suduteh garam
* Campurkan semua dalam periuk dan dimasak sehingga gula kabung/melaka/anau hancur dan sebati
* Hidangkan untuk dimakan bersama2 dengan roti jala





Monday, 25 June 2012

Pie Tee –(Kompilasi Masakan Nyonya)







 
Bahan-bahan:

200ml air
90gm tpg jagung
40gm tpg beras
1 sudubesar tpg gandum
1 biji telor – dipukul sebentar
¼ suduteh garam
¼ suduteh lada sulah
Acuan Pie Tee
·          
      Campur tpg jagung,tepung gandum, garam dan lada sulah dalam mangkuk
·         Masukkan telur dan gaul rata. Tuangkan air sedikit demi  sedikit sambil dikacau hingga sebati.
·         Tuangkan minyak masak dalam kuali secukupnya hingga menutupi acuan Pie Tee. Panaskan dgn api sederhana.
·         Panaskan acuan dalam minyak panas. Celup acuan dalam adunan tepung dan celup dalam minyak panas hingga kuning sikit. Goyang sehingga adunan tanggal daripada acuan. Angkat dan toskan.Buat sampai habis.
·         Bila kulit pie dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Inti:

4 ulas bawang putih – cincang
1 biji cili merah – potong dadu kecil
100gm ayam kisar
Sedikit air
1 biji lobak merah – parut
200gm sengkuang – parut
50gm argerik(cendawan hitam yg liat tu…)/sebenarnya apa jenis sayur pun boleh, mama ada argerik maka gunalah argerik
1 suduteh sos tiram
½ suduteh garam
½ suduteh gula
½ suduteh serbuk ayam
2/3 cawan air
Sedikit minyak bijan(optional- yang ni mama pandai2 tambah

Hiasannya:

1 plain omelet – hiris
Bawang goring (mama campur je…masa tumis inti lagi senang
Sedikit daun ketumbar
·          
      Panaskan 2 sudubesar minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau
·         Masukkan ayam atau bahan2 seafood yg digunakan.kacau hingga masak dan letak sedikit air
·         Seterusnya masukkan sayur2an…masak hingga lembut.
·         Isikan inti dalam kulit pie tee dan hias dengan telur dadar , daun ketumbar dan bawang goring
·         Makan bersama cili sos bawang putih

Bahan2 Sos:
4 biji cili merahm-kisar
2 sudumakan cuka
2 sudumakan air panas
¼ suduteh garam
½ suduteh gula pasir                                                                                                                                           















Saturday, 23 June 2012

Kuih Bakar








Bahan nya...

1 mangkok telor,
3 mangkok gula(mama letak 2 mangkuk aje takut nak makan manis2 sgt)
2 mangkok tepung gandum,
2 mangkok santan pekat,
1 mangkok air daun pandan,
bijan dan minyak.....

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan kecuali bijan dan minyak....
blend bancuhan supaya sebati....
panaskan acuan dan sapukan minyak...
bubuh bancuhan kedalam acuan dan taburkan bijan.....
masak dalam oven selama 30 minit/sehingga masak bergantung pada oven....
sedia untuk dihidangkan....




Monday, 18 June 2012

Ikan siakap masam manis/sweet sour ala-ala Mamanur



Bahan-bahannya:

Ikan(tk kisahlah ikan apa pun)
2 biji bawang besar- hiris
4 ulas bawang putih- hiris
Halia sebesar ibujari- hiris halus
3 sudumakan cili kisar
1 biji bawang besar- potong bulat
3 sudubesar sos tiram
3 sudubesar sos cili
2 sudubesar sos tomato
1 suduteh garam/ikut citarasa
3 sudubesar gula
sedikit air - agak2 dalam 1 gelas
1 sudubesar tepung jagung , bancuh dgn sedikit air(utk memekatkan kuahnya sedikit)
2-3 biji cili merah-belah dua dan buang bijinya
1 tin nenas
segenggam bawang goreng- tabur
3 tangkai daun sup- hiris2 untuk ditabur
7 biji cili padi - biarkan bulat2/cili benggala di potong panjang
sedikit sayur2an seperti karot, kacang panjang dll...kalau suka(tadi mama letak nenas & cili benggala saja)


 * Cuci ikan, lumur dgn garam dan serbuk kunyit, kemudian bedakkan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing , tapi jgn sampai hangus...kalau hangus tanggung sendiri,,,hehe

1. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau

2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak
3 letak sedikit air dan tuangkan sos tiram, cili sos, tomato sos, garam dan gula serta cili merah, tambah air dan biarkan menggelegak, lalu di masukkan air tepung jagung dan nenas. gaul rata
4. taburkan bawang merah yang dihiris bulat, bawang goreng , daun sup dan cili padi
5. angkat dan tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.






Thursday, 14 June 2012

Kuih Bakar Durian


Kuih Bakar Durian yang lembut dan sedap - sumber dari kenalan FB Puan Chah Ramlan, resepi asal Mat Gebu






BAHAN-BAHANNYA :

150 gm isi durian)*
250 ml air*(*dikisar halus)
600 ml santan kelapa segar (guna yang kotak pun ok)
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
1/4 camca teh penuh garam halus
Pewarna kuning makanan secukupnya (1/4 camca teh)
2 camca besar minyak sapi, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur


CARA MEMBUATNYA :-
 

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci X 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lebihkan sedikit supaya mudah untuk kita mengelurakan kueh bila masak nanti..Ketepikan.
 

Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali durian yang dikisar, minyak sapi dan bijan. 
Kacau rata dan tapis, masukkan durian yang dikisar tadi dan minyak sapi cair. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang telah siap sedia. Tabur bijan rata2.
 
Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak dan permukaan kueh kelihatan garing. Mat selalunya akan akan tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit garing.
 
Bila masak, keluarkan kueh dari oven, biar 5 minit, kemudian keluarkan kueh dari tin dan biar betul2 sejuk sebelum dipotong...