Monday, 30 May 2011
Bingka Labu
Malam tadi suami dah sound dah...labu beli beberapa hari dan dah banyak kali sebut dah nak buat Bingka Labu, tapi masih tak buat2...kan dah kena sound...ni yang tak best ni, tapi bukan salah sapa2...salah sendiri gak! Jam dah pukul 10 malam, tapi dek kerana dah kena sound maka rajinkan jugalah diri untuk ke dapur walaupun mata rasa dah mengantuk...:) Nasib baiklah resepi yang mama dapat dari rakan fb mama, Puan Shanty Suziana ni mudah...maka taklah lama sangat nak membuatnya, dalam masa sejam je dah siap...cumanya, bingka jadi agak lembik sikit sebab labunya tak dan nak sejuk dah dilenyek dan dibancuh...takpelah janji suami mama puashati dapat makan bingka labu ni sebelum tidur...Suami mama dah makan siap puji lagi tu kata Sedappp!!!!Hilang terus mengantuk hehe....
Bahan-bahannya:
* 450gm labu (kukus & lenyek)
* 5 biji telor ayam (kacau perlahan)
* 500ml santan (200ml santan + 300ml air)
* 200gm tepung gandum
* 180gm gula halus
* 1/2 camcateh garam
* 1 camcateh vanila
* Bijan (optional)-tak letak pun tkpe...
Cara-caranya:
- masukkan santan, tepung gandum , gula halus dan garam lalu dikacau sebati
- masukkan labu yang dilenyek tadi dan kacau lagi hingga rata
- kacau telor dan vanila sedikit dengan sudu, kemudian campurkan dengan bahan-bahan diatas dan gaul sebati
- sapu loyang (8" x 8") dengan butter/majerin dan tuangkan bancuhan kedalamnya dan ditabur dengan bijan jika suka
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu kira-kira dalam 15 minit pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak
- Pastikan bengka ni sejuk dahulu baru dipotong, kalau tidak tak cantik...pastu makanlah hehe...
Friday, 27 May 2011
Wednesday, 18 May 2011
Begedil Kentang
Pertama kali cuba buat pegedil...Alhamdulillah menjadi walaupun bawang yang mama goreng terhangus sikit...jadi begedilnya nampak gelap sikit, tapi rasa ok...sedap...kalau ikut selera mama ler..tapi orang lain taktau ler...yang pasti anak2 & suami suka makan, depa kata sedap!!
Bahan2nya:
500 gm kentang - buang kulit dan goreng, kemudian lenyek panas2
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis(digoreng hingga kekuningan bersama bawang besar dan toskan)
1 suduteh lada sulah
1/2 cawan bawang goreng
1/4 suduteh garam
setangkai daun sup dan daun bawang - hiris halus
1 biji cili masak -hiris nipis (kalau suka pedas)
1 biji telur - untuk menyalut bahan2 adunan kentang
Cara2nya:
- gaulkan semua bahan2 di atas kecuali telur lalu dibentuk bulat sebesar bola golf dan dileperkan sikit.
- panaskan minyak, salut adunan kentang dengan telur dan goreng hingga kekuningan/masak
- hidang...boleh dimakan begitu saja atau bersama nasi / soto
Saturday, 14 May 2011
Tat Telur ala2 Portugese
Bahan2 untuk kulitnya:
160g butter
80gm gula castor
1 suduteh vanila
secubit garam
1/2 biji telur
250gm tepung gandum
- pukul butter & gula hingga sebati
- masukkan telur dan gaul sebati
- akhir sekali masukkan tepung gandum dan diuli sebati hingga menjadi doh
- perap dalam peti sejuk selama 30 minit
- setelah 30 minit, ambil doh sebesar guli/bola golf & tekankan ke dalam acuan tat
- kemudian cucuk2 doh menggunakan garpu tapi jangan sampai tembus...nanti bisa bocor!!
- Panaskan oven sehingga 180 drjh celcius. Bakar selama 20 minit /sehingga berwarna kekuningan
- Biarkan sejuk selama 5-10 minit , baru dikeluarkan dari acuan.
Inti:
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan susu cair/segar
1/4 cawan whipping cream
3 biji telur kuning
1/4 suduteh esen vanila
- panaskan oven 200 darjah celcius
- campurkan kesemua bahan2 dan kemudian tapis
- masukkan ke dalam botol tomato sos/piping bag dan paipkan ke dalam kulit tat
- bakar selama 10 minit/sehingga masak
- makan sampai kenyang...hehe
Tuesday, 10 May 2011
Tat Telur oh Tat Telur!!!....
Malam tadi mama tidur awal dari selalunya...jadi hari ini seawal jam 5.45 pagi mama dah bangun dengan penuh semangat..Lepas solat Subuh, mama terus je ke dapur nak buat Blueberry cheese tart sebab dah 3 hari rasanya tertangguh akibat Vitaman 'M' tebal dalam badan..
Tanpa usul periksa dengan konfidennya mama terus capai semua bahan2 yang diperlukan dan mula menyukatnya..setelah selesai , mama pun mulalah memukulnya. Nak dijadikan cerita , mama dah terlupa mana mama letak pemutar letrik, jadi kenalah kayuh ngan tangan je...kayuh pun kayuhlah , janji leh buat Blueberry cheese tart...
Mama mulakan dengan membuat filling(intinya ) dulu...setelah bahan2 dipukul, tibalah masanya nak mencampurkan bahan yang utama iaitu cream cheese...mama pi ambik kat dalam peti sejuk..pada mulanya mama rasa happy sebab tenguk ada dua kotak, beranganlah pulak nak buat banyak dan leh jual masa pi mesyuarat AIM nanti...tapi bila periksa tarikh luputnya...mak aiii terkilan rasanya hati ini, bila tenguk dah luput sejak Jun dan Julai 2010....bayangkan berapa lama dah mama simpan cream cheese tu...sampai expired , hehe...nak buat cam mana dah salah sendiri.
Tiba2 mama teringat pulak pada tat telur, maka mama pun terus tambah bahan2 yang perlu untuk inti tat telur, bahan2nya semua sama kecuali butter!Inti tat telur tak perlu butter , tapi dek kerana awal2 lagi mama dah pukul butter bersama gula sayang pulak mama nak buang, maka mama teruskan juga guna bahan2 tadi...setelah selesai semua proses, maka sampailah masanya untuk membakar...
Kulit tat menjadi cantik dan rangup...puashati, pastu mula isikan intinya dan bakar sekali lagi dalam 20 minit...
terkejut tak terkejut bila tenguk, tatnya jadi lembik dan intinya cair tak mau beku hahaha...mula2 mama salahkan resepi yang mama perolehi dari internet, tapi bila check semula laman webnya, lebih dari 89 orang yang dah buat dan komen kata sedap !! Sukatannya pun semua sama, takde yang kurang dan lebih, tapi kenapa mama punya pulak yang tak menjadi? Puas mama duk fikir dimana silapnya...
Ditakdirkan Allah,sebaik2 je lepas solat zohor , mama baru teringat dan terfikir,bahawasanya mama sendiri yang salah...intinya takmau beku kerana ada BUTTER...iskkk...salah sendiri bukan salah resepi. Butter kalau kena dimasak takke cair, mana boleh beku, hehe...sampai esok pun tunggu dia takkan membeku...maka jadilah tat telur yang sebegini...tapi takpe resepinya betul, cuma mama yang salah tak ikut resepi betul2...sapa nak cuba boleh tapi jangan buat macam mama, hehe..
Bahan2 untuk kulitnya:
Takpe, mama tak putus asa, tu pengajaran namanya...petang ni mama nak cuba buat lagi, tapi kali ni nak guna whipping cream pulak, bila dia jadi macam tat Portugese...tapi kulitnya mama tak guna puff pastri tapi guna doh biasa je...mudah2an kali ni menjadi...
160g butter
80gm gula castor
1 suduteh vanila
secubit garam
1/2 biji telur
250gm tepung gandum
- pukul butter & gula hingga sebati
- masukkan telur dan gaul sebati
- akhir sekali masukkan tepung gandum dan diuli sebati hingga menjadi doh
- perap dalam peti sejuk selama 30 minit
- setelah 30 minit, ambil doh sebesar guli/bola golf & tekankan ke dalam acuan tat
- kemudian cucuk2 doh menggunakan garpu tapi jangan sampai tembus...nanti bisa bocor!!
- Panaskan oven sehingga 180 drjh celcius. Bakar selama 20 minit /sehingga berwarna kekuningan
- Biarkan sejuk selama 5-10 minit , baru dikeluarkan dari acuan.
Intinya:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudubesar tepung kastad
1/2 suduteh vanila
sedikit pewarna kuning
Cara2nya:
- campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan digaul sebati dan tapis
- tuangkan bancuhan ke dalam kulit tat lalu dibakar selama 10 minit/sehingga masak
- sejukkan dulu baru dihidangkan...
Intinya:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudubesar tepung kastad
1/2 suduteh vanila
sedikit pewarna kuning
Cara2nya:
- campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan digaul sebati dan tapis
- tuangkan bancuhan ke dalam kulit tat lalu dibakar selama 10 minit/sehingga masak
- sejukkan dulu baru dihidangkan...
Takpe, mama tak putus asa, tu pengajaran namanya...petang ni mama nak cuba buat lagi, tapi kali ni nak guna whipping cream pulak, bila dia jadi macam tat Portugese...tapi kulitnya mama tak guna puff pastri tapi guna doh biasa je...mudah2an kali ni menjadi...
Sunday, 8 May 2011
Kursus Pembuatan Kek & Roti pada 7hb - 8hb Mei 2011
Angah dah berjaya dapat sijil pembuatan kek & roti yang dianjurkan oleh Belia Daerah Negeri Sembilan selama dua hari di Balairaya Taman Sri Layang Jaya, Rembau...Tahniah! Angah!..pasni insyaallah mama lak akan pi kursus2 begitu tapi kenalah tunggu anjuran Wanita pulak..Mama pun nak sijil gak hehe..mana leh Angah je kan...Like Mother Like Daughter lah kan...betul ke tak omputeh Mama ni, lantaklah janji orang faham...
Thursday, 5 May 2011
Homemade Chocolate
Pertama kali mencuba membuat sendiri chocolate..alhamdulillah berjaya, walaupun pada mulanya mama was2 nak buat, takut tak jadi...hehe
Pasni bolehlah mula ambik tempahan...:)
Sekiranya ada yang berminat untuk menempah ,silakan membuat tempahan ke alamat email:fifi1764@yahoo.com selewat2nya seminggu sebelum tarikh yang dikehendaki bagi memudahkan mama mendapatkan bahan2 yang diperlukan, terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)