Rendang Ayam Rembau
1 ekor ayam – potong 16*
2 biji bawang besar – dihiris*
½ labu bawang putih – dihiris*
2 bungkus rempah cap ayam(kalau tkde
guna rempah kari biasa je)*
Cili kisar – ikut pedas yang
dikehendaki*
Cili padi kalau nak pedas lagi*
2 buku halia anggaran @ 2cm – diketuk*
3 batang serai – diketuk*
Santan dari 2 biji kelapa*
1 sudumakan serbuk kunyit*
½ cawan minyak kelapa*
2 sudubesar kerisek (tak letak pun
tkpe…tapi lebihkan kelapanya)
Garam dan gula secukup rasa*
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan-bahan* ke dalam
kuali dan digaul sebati.Masak dengan api yang besar tapi kena kacau sekali
sekala agar tak hangus.
## Kalau guna ayam telor,ayam kena
dikecutkan dulu bersama bawang merah, bawang putih, halia, serai, serbuk
rempah, cili dan kunyit serbuk…bila ayam dah agak lembut baru dimasukkan santan
dan minyak ##
Bila santan dah hampir kering baru
masukkan kerisek dan dikacau rata. Masak sehingga kering dan sedikit hitam
dengan api yang kecil. Kalau ayam daging jgn dikacau sangat sebab takut hancur,
Cuma kacau sekali sekala sahaja bagi mengelakkan hangus dibawahnya…
3 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - dihiris
1 cawan udang geragau - dikisar
1 cawan taugeh
1 biji cili merah - dihiris
sedikit daun kucai - potong sepanjang 1 inci
3 batang daun sup & bawang - dihiris
1 suduteh lada sulah
1/2 suduteh serbuk kunyit
3 sudubesar bawang goreng(optional)
air untuk membancuh
garam secukup rasa (hati2 sebab dah ada udang geragau, takut terlebih masin)
** Masa membancuh jangan dikacau sangat cukup sekadar untuk menggaul sahaja dan jangan terlalu pekat atau cair. Goreng dengan menggunakan minyak yang betul2 panas
Cekodok Udang Geragau dimakan bersama Rendang Ayam
No comments:
Post a Comment