Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Monday 25 April 2011

Meehoon Kungfu Ala-ala Mamanur



Bahan-bahannya:


1 bungkus Meehoon (direndam hingga lembut dan digoreng dengan minyak yang sedikit sehingga sedikit  garing
Bawang putih 5 ulas (ketuk)
Bawang besar yang sedang (hiris)
Cili merah 1 biji (hiris)
Cili padi 7 biji (ketuk sikit atau biarkan bulat sj)
Ayam /udang/sotong (ikut suka sebagai perencah)
Cube ayam/bilis 1 ketul
Sos tiram 3 sudubesar
Sos tomato 3 sudu besar
Karot 1 biji /sawi/cauliflower (potong bulat atau nipis)
Serbuk lada sulah  1 suduteh
Air 3 cwn (ikut pekat dan banyak kuah yang kita mahukan)
Garam (agak2 masinnya sebab dah letak sos tiram)
Gula dalam 2 sdbesar(manis2 sikit kuahnya lagi sedap)
Tepung jagung 1 sdbesar (bancuh dengan air)-kuah kalau rasa pekat sgt, tambah air lagi
Bawang goring segenggam
Daun sup n bawang
Telor 5 biji(sebiji sorang kalau suka)-rebus dalam periuk lain, jgn campur dengan kuah nanti jadi pekat sangat)-guna air sikit je pastu masukkan telur hingga masak, buat sehingga habis


Cara-caranya:

-   Tumis bawang putih, merah n cili hingga layu
-   Masukkan tomato sos dan sos tiram dan digaul rata
-   Masukkan perencah ayam/sotong/udang (ikut suka) dan gaul sebagi sehingga separuh masak
-   Masukkan sayur2an dan air...biarkan sayur masak dan kuah menggelegak
-   Masukkan pula air tepung jagung (adjust ikut berapa banyak kuah yang dikehendaki)-kalau pekat tambah air
-   Garam,gula dan lada sulah
-   Tabor bawang goring dalam kuah dan kacau sebati
-   Hidangkan meehoon yang dah digoreng tadi(tknak goring pun tkpe) dengan kuah kungfu, telur,bawang goring, daun sup dan daun bawang....meletopp!!!




7 comments:

  1. Wahh sedapnyaa..tgk resipi meehoon nie.. :) TQ sharing yer.. kena try one day nie..

    ReplyDelete
  2. nak try gak la ...mna nak tawu rasanya sedapkan hehehehe..

    ReplyDelete
  3. dah try dahh..mmg sedap!hehe.saya wat kuew tiaw kungfu,makan masa buka td:)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Amirah kerana mencuba....yang lain2 tu pun cubalah buat....

    Sama2 Rinna

    ReplyDelete
  5. telur tu rebus je ke

    ReplyDelete