Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Tuesday 19 April 2011

Bersantai bersama anak2 dan rakan2 mereka sehari sebelum final exam tahun akhir

Hari Ahad lepas Mama ngan Alang awal2 lagi dah keluar pi cari ayam, sebab takut ayam takde. Dah dua hari cari ayam kat PD ni tak jumpa2...mujur pagi ni dapat beli ayam kat kedai dalam taman ni juga, Boleh tahan gak harga seekor ayam RM21.50.


Lepas beli barang2 yang diperlukan , kami balik ke rumah dan terus memulakan aktiviti memasak Nasi Ayam.  Tanpa dirancang Alang pulak beria2 sangat nak ajak pi makan di tepi pantai, nak tenangkan fikiran katanya...mula2 Mama agak keberatan juga sebab takut Angah dan kawan2nya tak mau pegi sebab mereka nak periksa esoknya...tapi rupanya mereka seronok bila dengar nak pi makan di tepi pantai...Oleh kerana waktu zohor telah hampir, maka kami tunggu sehingga masuk waktu zohor...lepas solat kami pun berangkat ke Pantai Tanjung Biru, Mama menaiki kereta Alang bersama Angah, manakala kawan2 Angah menaiki kereta kancil Mama yang telah banyak berjasa tu menuju ke destinasi....




Nasi Ayam
1 ekor ayam-ptg 12 (rebus bersama halia [sbsr ibujari] [hiris/ketuk]  dan bawang putih [6 ulas])
Beras 3 gelas ( masak bersama stok ayam di atas sbyk 3 ½ gelas)
Bawang merah 7 bj (di hiris nipis dan digoreng bersama k.manis[1],bunga lawang[1] ),buah pelage(5)-à tuangkan dalam periuk nasi
1 sdteh garam
(Tutup Periuk dan masak)

Ayam
Angkat ayam dari rebusan gaul dgn kicap tamin/kicap manis kipas udang
Goreng ayam tapi jgn terlalu garing

Sup
Stok ayam dicampur dgn sup bonjot[1], cengkih[3], kayu manis[1] , bunga lawang[1],buah pelaga[5]
Kiub ayam[ 1]
Garam secukup rasa
Tabur bawang goreng --àmendidih
Daun sup n bawang ditabur ketika menghidang...

Dah masak, hidangkan nasi bersama timun, salad dan tomato
Serta sos cili (cili masak 9 bj + bawang putih 7 ulas + halia [2 hirisan] + gula[3/4  sdbsr] + garam seckp rasa)-àblend n jerang atas api

Dan kicap ( air stok ayam +kan dgn kicap tamin/manis cap udang)àterpulang berapa banyak nak wat kuantitinya

HIDANGKAN: NASI DI TABUR DGN BAWANG GORENG DAN DAUN SUP N DAUN  BAWANG
DAUN SALAD,TIMUN DAN TOMATO,SOS CILI DAN KICAP-SEDAPPPP…terima kasih ES
Semoga hidupmu diberkati Allah senantiasa ES...Aamiin..







No comments:

Post a Comment