Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Thursday 12 December 2013

NASI GORENG CINA & IKAN KEMBONG REBUS




Bahan-bahan:
 
Minyak masak
3 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
3 biji bawang merah (kisar/tumbuk)
2 sudu besar sos tiram
Sayur campur
Garam secukup rasa
2 biji telur
3 cawan nasi
Bahan-bahan sampingan:
Hirisan lada merah
Hirisan timun

Cara-cara memasaknya:
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik baunya.
Setelah naik baunya masukkan sos tiram, kacau seketika.
Selepas itu masukkan sayur dan garam, biar sehingga sayur layu.
Bila sayur layu masukkan telur, kacau mesra.
Akhir sekali, masukkan nasi gaul rata.
Siap dihidang dan letakkan bahan-bahan sampingan disisinya.

***Jika suka boleh ditambah dengan bahan-bahan lain seperti udang, sotong, isi ayam dan yang lainnya
Sedap dimakan bersama sambal belacan & apa2 sambal je...

Utk menumis , mama guna minyak n sedikit butter.
Mama hidangkan bersama ikan kembung rebus yg mama dah frozenkan, tinggal goreng je...kalau nak makan bersama telor mata pun sedap!!...
 

 
Resepi mudah tapi tak meragukan siapa yg buat, halal atau tidak?!

Ikan Kembong Rebus (Homemade) Resepi arwahMak Mertua

Ikan kembong
Air separas ikan/sehingga semua ikan tenggelam
Garam
Asam keping (1-2)

Rebus semua hingga hampir kering airnya, masukkan minyak dalamm1-2 sudubesar Bila dah kering airnya dan ikan nampak berkilat sikit, padamkan api...biarkan sejuk baru diangkat. Boleh difrozenkan, bila nak makan keluarkan dlm 1/2 jam sebelum menggoreng. Sgt rangup n sedap! In sya Allah...


No comments:

Post a Comment