Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Sunday 20 January 2013

Durian Crepe

Tenguk org duk sibuk cite tentang Durian Crepe, teruja gaklah nak cuba...Ada tu biz bagai nak rak & nampak laris sgt. Tapi mama tkde lah sampai nak buat biz Durian Crepe ni cuma teruja nak mencuba dan merasa....ermmm sedap rupanya...tapi awas takleh nak makan banyak nanti bertambah2 cholestrol...huhu. Jom kita lihat apa jadi!!!....







  
 Resepi kedua
Bahan2:
  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus

Dalam bekas, campurkan tepung gandum dengan tepung ubi ( di ayak kedua-duanya terlebih dahulu ) , masukkan sekali gula halus atau gula kastor
Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.
Kacau sebati dgn menggunakan whisker
Selepas itu, masukkan pula telur yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu. Telor tu just kacau-kacau gitu je tau, bukan pukul sampai kembang. Lepas masukkan telor tu sila kacau sebati.
Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi
Masukkan pula air.. kacau lagi
Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau
Masukkan lak pewarna
Adunan yang dah sebati
Last step, sila tapiskan adunan tersebut.

Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg masing2 buat la.




No comments:

Post a Comment