Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Sunday, 29 January 2012

Cream Puff berinti durian




Buat dah sebulan lebih tapi baru sekarang berkesempatan untuk kemaskinikan blog...dulu line tak bagus, tapi sejak akhir2 ni Alhamdulillah line laju....jadi semua masakan yang terpendam tu boleh diluahkan hehe....






Cream puff berinti durian(leh tukar dengan perisa lain)
Doh:
125gm  tepung gandum
2 suduteh baking powder
100gm butter
250ml air
½ sdteh gula
3 bj telur
-          Masak air bersama butter & gula hingga sebati
-          masukkan   tepung dan kacau hingga pekat
-          sejukkan
-          bila dah sejukkan pukulkan telur sebiji2(akk guna spatula je) hingga sebati dengan doh
-          masukkan dalam piping beg dan ketepikan

Inti durian
1 cawan air
½ cawan susu cair
1 cawan durian(resepi asalnya jagung dalam tin, tapi stok tkde ..durian lak yang ada..maka belasah je)
½ cwn tepung kastad
5 sudubesar gula
-          campurkan semua bahan dalam kuali atau periuk, kacau hingga pekat dan agak2 boleh dipaipkan ke dalam puff
-          sejukkan dulu baru paipkan dalam puff
-          sodap!!!

No comments:

Post a Comment