Lepas beli barang2 yang diperlukan , kami balik ke rumah dan terus memulakan aktiviti memasak Nasi Ayam. Tanpa dirancang Alang pulak beria2 sangat nak ajak pi makan di tepi pantai, nak tenangkan fikiran katanya...mula2 Mama agak keberatan juga sebab takut Angah dan kawan2nya tak mau pegi sebab mereka nak periksa esoknya...tapi rupanya mereka seronok bila dengar nak pi makan di tepi pantai...Oleh kerana waktu zohor telah hampir, maka kami tunggu sehingga masuk waktu zohor...lepas solat kami pun berangkat ke Pantai Tanjung Biru, Mama menaiki kereta Alang bersama Angah, manakala kawan2 Angah menaiki kereta kancil Mama yang telah banyak berjasa tu menuju ke destinasi....
1 ekor ayam-ptg 12 (rebus bersama halia [sbsr ibujari] [hiris/ketuk] dan bawang putih [6 ulas])
Beras 3 gelas ( masak bersama stok ayam di atas sbyk 3 ½ gelas)
Bawang merah 7 bj (di hiris nipis dan digoreng bersama k.manis[1],bunga lawang[1] ),buah pelage(5)-à tuangkan dalam periuk nasi
1 sdteh garam
(Tutup Periuk dan masak)
Ayam
Angkat ayam dari rebusan gaul dgn kicap tamin/kicap manis kipas udang
Goreng ayam tapi jgn terlalu garing
Sup
Stok ayam dicampur dgn sup bonjot[1], cengkih[3], kayu manis[1] , bunga lawang[1],buah pelaga[5]
Kiub ayam[ 1]
Garam secukup rasa
Tabur bawang goreng --àmendidih
Daun sup n bawang ditabur ketika menghidang...
Dah masak, hidangkan nasi bersama timun, salad dan tomato
Serta sos cili (cili masak 9 bj + bawang putih 7 ulas + halia [2 hirisan] + gula[3/4 sdbsr] + garam seckp rasa)-àblend n jerang atas api
Dan kicap ( air stok ayam +kan dgn kicap tamin/manis cap udang)àterpulang berapa banyak nak wat kuantitinya
HIDANGKAN: NASI DI TABUR DGN BAWANG GORENG DAN DAUN SUP N DAUN BAWANG
DAUN SALAD,TIMUN DAN TOMATO,SOS CILI DAN KICAP-SEDAPPPP…terima kasih ES
Semoga hidupmu diberkati Allah senantiasa ES...Aamiin..
No comments:
Post a Comment