Friday, 24 June 2011
Wednesday, 22 June 2011
The making of Tarts....
Tak lama lagi datang lah Puasa..masa tu mulalah sibuk buat biskut raya untuk jualan...antara banyak-banyak biskut yang ku buat, yang paling laris kuih tat ni lah...tahun ni pun , Alhamdulillah, belum pun puasa lagi tempahan dah mula masuk...yang pening bab buat jemnya..nak beli!Lupakan aje...alamat keras tat nanti hehe...rajin tak rajin kena buat juga sendiri, baru puashati...
Saturday, 11 June 2011
Belajar-belajar berpuisi....
SIAPA AKU DIHATIMU
Kadang-kadang...
aku rasakan...seolah-olah aku tidak dihargai sebagai seorang isteri
adakah perasaanku ini benar
atau hanya mainan syaitan?
Kauseolah-olah menerimaku kerna terpaksa
Kerana akad yang telah kau lafazkan
Tapi hakikat sebenarnya ...
Aku hanyalah bebanan buatmu....
Sia-siakah segala pengorbanan & kasih sayang
yang ku curahkan selama ini...
Pengorbanan yang tak pernah dihargai
adakah dia memang tidak tahu
atau pura-pura tidak tahu
segala pengorbanan yang ku curahkan
Ya Allah...kurniakanlah kami dengan keampunanMU
kurniakanlah kami dengan hidayahMU
Janganlah KAU biarkan kami terumbang ambing ...
tanpa hidayahMU Ya Allah...
Ya Allah...kurniakanlah kami dengan keampunanMU
kurniakanlah kami dengan hidayahMU
Janganlah KAU biarkan kami terumbang ambing ...
tanpa hidayahMU Ya Allah...
Ya Allah... KAU tabahkanlah hatiku
Untuk menghadapi semua dugaan...
Aku tahu Ya Allah...
Semua ini telah KAU takdirkan buatku...
Aku adalah hambaMU yang lemah Ya Allah
Tiada daya dan upayaku untuk melawan takdirMU
Lantaran itu....
KAU kurniakanlah aku dengan kekuatan
KAU kuatkanlah semangatku..
Dan KAU tabahkanlah hatiku...
Untuk mengharungi takdirMU ini
dan meneruskan hidup ini dengan tabah
Semoga... dengan ketabahan ini
Akan membuahkan sebuah kemanisan dan kebahagiaan...
hingga ke akhir nafasku
hingga ke akhir nafasku
Doaku sentiasa mengiringi anak-anakku
Agar mereka dikurniakan jodoh yang baik...
Yang tau menghargai mereka sebagai seorang wanita dan isteri
Lindungilah mereka dari lelaki yang tidak tahu menghargai
Pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri
Aamiin....
Ya Allah...
Aku mohon kepadaMU
Janganlah KAU wariskan segala kesengsaraanku ini
kepada anak-anakku untuk mengharunginya...
KAU berikanlah titik noktah di sini...
kerana....
aku mahu anak-anakku merasai kehidupan yang sempurna
kehidupan yang bahagia ... hingga ke akhir hayat
Ya Allah....
Lindungilah mereka dari segala kesengsaraan ini
Aamiin....
Ya Allah...
Aku mohon kepadaMU
Janganlah KAU wariskan segala kesengsaraanku ini
kepada anak-anakku untuk mengharunginya...
KAU berikanlah titik noktah di sini...
kerana....
aku mahu anak-anakku merasai kehidupan yang sempurna
kehidupan yang bahagia ... hingga ke akhir hayat
Ya Allah....
Lindungilah mereka dari segala kesengsaraan ini
Aamiin....
Luahan rasa
11/6/2011
Tuesday, 7 June 2011
Bengkang Roti/Puding Roti bersos kastard
Alamak!Roti tu nanti kalau tak makan, dia akan luput tarikh...nanti kena humban dalam tong sampah kesian dia...tiba2 mama teringat kat puding roti, dulu2 ada gak buat tapi la ni dah lama tak buat..Mama suka makan manis2 ni. Dari roti tu terbuang lebih baik buat bengkang roti, insyaallah habis masuk perut...Resepi dah lama simpan tapi tak cuba2...dulu2 tu kurang menjadi sebab bila dapat resepi sukatannya kurang tepat, mama tak pandai sangat nak agak2, kalau masak lauk tu boleh ler agak2 tapi kalau kuih2 manis gini takut tak menjadi...
Alhamdulillah, resepi yang mama cuba ni dapat memenuhi citarasa...sedap!! Lain kali leh buat lagi, anak2 pun suka...
Bahan-bahan:
* 8 keping roti (gardeniar)
* 2 cawan susu segar (HL)-rendam bersama kedua2 bahan ini dalam 45 minit.
* 2 sudubesar majerin/butter-cairkan
* 2 biji telor
* 1 suduteh esen vanila
* 1 sudubesar tepung jagung
* 4 sudubesar gula
- campurkan semua bahan-bahan * bersama roti yang direndam tadi dan digaul sebati
- tuang dalam loyang yang sudah disapu dengan majerin dan tabur chocolate chip, almond, kismis (ikut citarasa) dan bakar selama 30minit/sehingga masak pada suhu 180drjh C. Dah masak biarkan sejuk dulu baru dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
Bahan-bahan kastard:
* 2 cawan susu segar atau 1 tin susu cair
* 2 sudubesar gula@susu pekat manis (mama letak dua2 [1 sudubesar gula + 1 sudubesar susu pekat manis)
* 2 sudubesar tepung kastard
- campurkan kesemu bahan2 dan masak di atas api sederhana sehingga sedikit pekat dan masak.(jgn terlalu pekat, biar cair sikit seperti sos...mama buat dah terpekat.
- sejukkan sebentar sebelum dihidangkan bersama bengkang roti...
Subscribe to:
Posts (Atom)