Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Wednesday 18 April 2012

Mamanur Ashikin: Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion)...

Mamanur Ashikin: Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion)...

Ikan Sweet sour/masam manis ala2 Mamanur



Bahan-bahannya:

Ikan(tk kisahlah ikan apa pun)
2 biji bawang besar- hiris
4 ulas bawang putih- hiris
Halia sebesar ibujari- hiris halus
3 sudumakan cili kisar
1 biji bawang besar- potong bulat
3 sudubesar sos tiram
3 sudubesar sos cili
2 sudubesar sos tomato
1 suduteh garam/ikut citarasa
3 sudubesar gula
sedikit air - agak2 dalam 1 gelas
1 sudubesar tepung jagung , bancuh dgn sedikit air(utk memekatkan kuahnya sedikit)
2-3 biji cili merah-belah dua dan buang bijinya
1 tin nenas
segenggam bawang goreng- tabur
3 tangkai daun sup- hiris2 untuk ditabur
7 biji cili padi - biarkan bulat2/cili benggala di potong panjang
sedikit sayur2an seperti karot, kacang panjang dll...kalau suka

* Cuci ikan, lumur dgn garam dan serbuk kunyit, kemudian bedakkan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing , tapi jgn sampai hangus...kalau hangus tanggung sendiri,,,hehe

1. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak
3 letak sedikit air dan tuangkan sos tiram, cili sos, tomato sos, garam dan gula serta cili merah, tambah air dan biarkan menggelegak, lalu di masukkan air tepung jagung dan nenas. gaul rata
4. taburkan bawang merah yang dihiris bulat, bawang goreng , daun sup dan cili padi
5. angkat dan tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi

Karipap pusing ayam black pepper

















Sunday 15 April 2012

Pajeri Epal Hijau





Bahan-bahannya:

8 biji epal (Potong 6)
4 sekawan (kayu manis, buah pelage, bunga lawang & cengkih – untuk menumis
Bawang  besar*
Bawang putih*
Halia *
(* dikisar atau dihiris halus) – ambik dalam 1 senduk

4 sudubesar Serbuk Kari
Garam( ikut citarasa)
Gula (Lagi manis lagi sedap)
1 biji kelapa/ santan – RM2 ( mama guna santan kotak je 200ml + ½ cawan air)
1 keping asam keping yang kecil saje
2 sudubesar kerisek
¼ cawan minyak

Cara-caranya:

Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan hingga naik bau

Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga harum

Masukkan serbuk kari dan kacau rata

Kemudian masukkan santan dan air lalu  dikacau

Masukkan garam dan gula secukup rasa ( lagi manis lagi sedap)

Letak  asam keping jika suka untuk lebih memasamkan

Setelah kelihatan hampir kering baru masukkan epal & kerisek

Kacau sehingga pekat dan terbit minyak

Dah masak hidangkan bersama nasi panas, kalau ada ikan kering lagi best!!











Friday 13 April 2012

Meehoon Bandung penambat hatiku...



Bahan-bahannya:

2 biji Bawang Besar – dihiris halus
4 ulas bawang putih – dihiris
Cili kering – kisar (ikut citarasa)
½ cawan udang kering
200 gm ayam/daging/sotong (potong kecil)- rebus dan ambik airnya
200 gm udang (buang kulit dan rebus kulitnya bersama udang, kisar kulit udang dan tapis ambil airnya)
5 biji kentang – direbus dan dilenyek (ambik air rebusannya sekali)
Air (ikut pekat yang kita kehendaki)
½ botol Tomato sos Kimball (botol kecil) – ikut masam yang dikehendaki
Garam, gula (lebihkan sikit) dan serbuk perasa(optional)

-   Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih hingga layu
-   Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak
-   Kemudian masukkan udang kering dan gaul rata, biarkan hingga naik bau
-   Masukkan ayam/daging/sotong tadi bersama air rebusan
-   Masukkan pula kentang lenyek dan gaul sebati
-   Tambah air ikut pekat yang dikehendaki
-   Tuangkan tomato sos dan biarkan menggelegak
-   Akhir sekali masukkan udang dan air rebusan udang tadi (masukkan kemudian sbb takut ada yang tak makan udang)
-   Garam , gula dan serbuk perasa(mama tak letak, ganti ngan gula je)

Cara menghidang

*Mee ( goring bersama sawi dan taugeh bersama sedikit minyak dalam 5 sudubesar) –ratakan kemudian angkat, kaedah untuk elakkan mee kembang dan agar Nampak berkilat dan cantik.
* Kalau guna meehoon jgn goreng,celur je...cam biasa

Tauhu putih – goring dan potong dan hiris nipis
Sawi – celur *
Taugeh*
Daun sup & bawang
Bawang goring
Limau nipis
Telor - ikut ramai yang makan, sorang sebiji , tu yang best…(panaskan air atas dapur, bila dah gelegak letak 1 sudubesar cuka di dalam air, kemudian pecahkan telor sebiji dalam mangkuk kecil dan tuang ke dalam air tadi…jgn dikacau , tunggu sehingga ia terbentuk baru diangkat…lakukan berapa banyak telor yang nak dimakan.
·        
    Kuahnya kalau dipanaskan menggnakan kaedah steamboat lagi sedap…makan panas2, kalau macam tu telor boleh dipecahkan satu2 ke dalam kuah bila nak makan…

Selamat Mencuba…pandai2lah adjust rasanya ye…



Puding Serena

Puding Serena
Putih telor yang dipukul hingga kembang untuk dijadikan meringue


Butter & kuning telor dipukul sebati

Campurkan meringue  sedikit2 dan pukul
Tekstur yang diperolehi setelah dicampur susu cair

setelah agar2, gula & air sebati masukkan bahan2 yg dipukul tadi
Tuangkan ke dalam bekas untuk dibekukan
Setelah sejuk & keras tabur buah2an campur bersama jusnya ke atas puding


* Petua supaya agar-agar tak melekat pada acuan / bekas yang digunakan...pastikan loyang atau bekas dibasahkan dahulu sebelum dituang agar-agar yang dimasak tadi*


* Air lychee dicampurkan bersama agar-agar, manakala jus buah2an dijadika hiasan di atas agar-agar yang telah keras.

Memang sedap!!




Thursday 12 April 2012

Pucuk Ubi goreng berlado


Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar/7 ulas bawang merah
4 sudubesar cili kering kisar
sedikit ikan bilis
2 sudubesar bawang goreng
1 keping asam keping
1 suduteh garam
2 sudubesar gula - ikut citarasa
1/4 cawan minyak untuk menggoreng /ikut banyak pucuk ubi


Cara-caranya:

- Tumis bawang merah hingga layu dan naik bau
- masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak
- masukkan ikan bilis ,asam keping dan semua bahan perasa
- masukkan pucuk ubi dan gaul rata
- tabur bawang goreng dan teruskan mengacau sehingga kering (guna api kecil sahaja)
- Dah kering dan kelihatan hitam dan garing sedikit baru diangkat 
- sedap dimakan ketika nasi panas, roti dan sebagainya.Malah sedap juga dijadikan kudap2an ketika menonton Tv...tak caya cuba


* Pucuk ubi goreng berlada ni seperti juga rendang pucuk ubi boleh dijadikan bekalan untuk jemaah haji dan anak-anak yang duduk jauh atau di asrama2
* Boleh tahan lebih dari 3 bulan kalau disimpan dalam bekas kedap udara didalam petisejuk.

Talam Ubi Mamanur

Kalau hati kata nak buat, maka jadilah kuihnya....:),selagi tak buat hati tak senang...bila buat lega n lapang dada....talam ni adalah ...

meh kita tinjau  resepinya...yang mana resepinya  mama ciluk sana ciluk sini dan satukan , maka terciptalah Talam Ubi Ala-ala Mamanur






 Bahan-bahannya:

Lapisan bawah:


1 kg ubi (direbus bersama 1/2 suduteh garam dan dilenyek halus.

1 cawan gula pasir
1/2 biji kelapa
segenggam tepung gandum (untuk mengeraskan sikit)

* Gaulkan semua bahan-bahan di atas dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.

* Kukus selama 1/2 jam . Buka penutup kukusan dan biarkan selama 5 minit.

Lapisan atas:


1 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 bj telor ( kalau suka,optional)
pewarna (ikut suka)- biarkan warna putih /letak warna kuning

* Bancuh semua bahan-bahan di atas dan tapis...lalu tuang ke atas lapisan bawah dan kukus lagi selama 1/2 jam atau sehingga masak. dah masak kalau ada wap yang menitik, bukakan dulu penutup selama 5-10 minit baru ditutup apinya... Dah sejuk betul baru potong, kalau tak nanti melekat dan jangan lupa guna pemotong plastik yang disapu minyak...


Cuba jangan tak cuba, pasti suka punya...yang ada hangin dalam badan pun lupa nanti hehe...

Kuih rengas/kasturi


 Bahan-bahan:

600 gm kacang hijau
350 gm gula pasir
1 biji kelapa diparut(ambil putihnya sahaja)
1 suduteh garam
Tepung gandum 100 gm

1. Rebus kacang hijau hingga empuk bersama garam.
2. masukkan gula pasir dan kelapa dan digaul sebati hingga pekat
3. kemudian masukkan tepung gandum dan digaul rata....
4. angkat dan sejukkan sebelum dibentuk sebesar bola pingpong dan dileperkan...

Kulit/sadur:

500 gm tepung beras
240 gm tepung gandum
garam secukup rasa
1 suduteh serbuk kunyit
Air
2 sudubesar minyak panas - gaul dalam bancuhan
minyak untuk menggoreng

1. bancuh semua bahan dan dicampurkan minyak panas untuk mendapatkan sadur yang
garing dan rangup
2. goreng dalam minyak yang panas
3. Hidangkan
 

Kuih kasturi/rengas yang dah sedia untuk dihidangkan..



Wednesday 11 April 2012

Apam Gula Merah

Bahan-bahannya:

(A)
1 suduteh  yis kering/mauripan
3/4 cawan air 
* Campurkan kedua2 bahan di atas dan biarkan seketika dalam 15-20 minit


(B)
1/2 cawan gula melaka/kabung (diracik halus)
3 sudubesar gula pasir
1 helai daun pandan
1 cawan air
* Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak di atas api sehingga larut
* Dah larut, sejukkan dan tapis


(C)
2 cawan tepung (diayak)
secubit garam
* Campurkan kedua2 bahan dan gaul sebati
* Tuangkan bahan (A) & bahan (B) dan gaul sebati
* Tapis bancuhan apam / dikisar dengan mixer untuk mendapatkan tekstur yang halus
* Perap selama 45 minit
* Setelah 45 minit, sapu loyang/acuan dengan sedikit minyak dan dilapik dengan kertas tracing
* Panaskan pengukus (jangan lupa tutup dengan aluminium foil/kain untuk elakkan wap jatuh)...tuang bancuhan yang diperap tadi ke dalam loyang dan dibiarkan 5 minit lagi
* Kukus selama 30 minit /sehingga masak
* Sedap dimakan dengan kelapa yang dicampur dengan sedikit garam