Mamanurashikindapurrezekiku

Mamanurashikindapurrezekiku
Kaulah penglipurlara & pengubat sepiku...

Thursday 31 March 2011

Perniagaan Makanan Segera/Sejukbeku

Perniagaan makanan segar/sejukbeku  ni mama mula kira-kira 2 tahun yang lalu. Mula-mula saja cuba-cuba je...tapi bila dah mula seronok pulak, lebih-lebih lagi bila ada permintaan walaupun sekali sekala je tapi mama dapat rasakan kepuasannya....Kalau dulu-dulu main order je...taktau nak buat sendiri lebih-lebih lagi Vitamin M terlalu menebal dalam badan ni, tapi la ni Alhamdulillah....semua tu dah hilang...:) Maka dapur hari-hari berasap, malah timbul pulak rasa kalau tak cuba satu-satu masakan tu hati rasa tak senang.....hehe.


Betullah kata orang  kalau kita beriman pada hari ini, tidak semestinya kita beriman sampai bila2 dan kalau kita jahil pada hari ini tak semestinya kita jahil sampai bila2...Hidup kita ibarat roda akan berubah-ubah...Moga-moga akhir hidup kita diakhiri dengan kebaikan(husnulkhotimah), Aamiin...


Begitu jugalah dengan aktiviti memasak ni, dulu malas sekarang dah rajin malah happy sangat-sangat bila sesuatu masakan tu menjadi...duk dapur sehari suntuk pun takpe hehe....

Getuk Ubi 10 biji @ RM4.00
Kuih Badak 10 biji @ RM4.00
10 biji @ RM4.00
Kuih Rengas/Kasturi 10 biji @ RM4.00

Kuih Rengas/Kasturi

Kuih rengas ni mama jual dalam bentuk sejukbeku...tapi kalau ada yang menempah untuk dimakan setelah digoreng pun ada...terpulang pada citarasa masing-masing


Wednesday 30 March 2011

Cekodok Bawang Special

Cekodok ni mama buat masa tidur kat rumah Angah di PD...bangun pagi terus terfikir nak buat cekodok ni sebab teknik-tekniknya baru dapat dari kak ipar mama , Faezah....

Bahan-bahannya:
 Tepung gandum 500 gm
Bawang besar 1 biji - hiris
Ikan Bilis 1/2 cawan
Cili merah 2-3 biji ikut pedas yang dikehendaki
Air panas gelegak secukupnya(kena bancuh guna air panas ni sebaik2 saja menggelegak, kalau tunggu kurang menjadi)
Garam secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah jika suka

* Campurkan kesemua bahan2 di atas dan dibancuh dengan air panas baru masak, tapi jangan cair, jadikan seperti kita membuat doh biskut dan boleh dikepal.
* Panaskan minyak, bentuk adunan menjadi bulat sebesar ibujari dan goreng hingga masak






B

Apam Tepung

Favourite ni...sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang...dulu asyik beli je, tapi bila dah cuba buat, menjadi pulak tu...tak sangka mudah je rupanya nak buat...Apam ni aku buat bersama kak iparku Faezah...suka bukan main dia bila tenguk apam menjadi. Dia kata takyah nak beli-beli lagi dah, bila nak makan je buat sendiri lagi jimat dan puas makan, hehe



Apam Kampung ku (Resepi Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras(adakah tpg beras ni yg menyebabkan ia mendap, cuba guna semua tepung gandum)
75 gram cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
2. Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (Balut tutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi.



Tuesday 29 March 2011

Kuih Koci




Baulu Soda Pandan Wangi


Kek Sarang Semut

Resepi ni mama terima dari Shanty rakan FB kira-kira beberapa bulan yang lalu. Terima kasih atas pemberian resepi ni...memang sedap!!Suami dan anak-anak suka sangat...


Shanty tuan punya resepi ni akan berangkat ke Australia beberapa jam saja lagi, untuk mengikut suaminya bertugas di sana selama 2 tahun, semoga mereka selamat sampai ke destinasi dan perjalanan mereka dipermudahkan Allah...,Aamiin..










Bahan-bahannya:  
A. 
2 cawan gula  
2 cawan air
 

- Masak gula hingga hangus dengan api perlahan, kemudian baru masukkan air dan masak sehingga gula menjadi cair.
 

B. 
8 biji telor  
2 sudumakan butter 
2 cawan tepung gandum 
2 suduteh soda bicarbonate  
1 suduteh vanila esen  
1/2 tin susu pekat (tin kecik)/1/4 jika tin besar/130gm
 

- Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan butter.  
- Pukul sekejap saja, kemudian masukkan bicarbonate of soda ,         vanila esen dan susu pekat dan pukul sebati.  
- Kemudian masukkan pula air gula hangus tadi dan gaul rata. 
- Perap adunan selama 1 - 2 jam sebelum dibakar.  
- Bakar selama 1 jam @ sehingga masak.
           


Monday 28 March 2011

Apam Pisang ChocMilo



Apam pisang chocmilo Zuriana Abd Latip....... mmg sedap.... lembut n cair dalam mulut..... thanks  zu share resepi.....


Bahan-bahannya:
A.
-1 1/3 cwn tepong gandum
-1sdt baking powder dan 1sdt soda bikarbonat
-1 sudu mkn milo dan 1sdu mkn serbuk coklat
-1sdt garam
semua bhn diatas ayak besama..ketepikn


B
-1bj telo(pukul dulu ala kadar)
-1cwn minyak
-1cwn gula perang
-coklat chip tuk taburan atasnya
-1 cwn pisang lenyek(guna pisang emas 6 bj)


cara:
satukn semua bhn ayak lam satu bekas...buh pula bhn lain ikut turutan...gaul sebati...acuan disapu minyak dan isikn 3/4 shj dan taburkn coklat chip..panaskn pengukus hgga air mendidih dan bole buh kn adunan..kukus 15-20minit..dah masak bukan penutup kukus biarkn 2 min supaya permukaan kering...


p/s: balut kain penutup supaya wap tak kuar dan telangkupkn lesung batu atas penutup tu kasi berat...
* kena buat 2 adunan untuk mendapatkan 40 bj lebih...ni baru satu adunan(guna acuan lompang)
zu minta izin copy resepi yer......